in

“Dah macam fan meeting!” – ‘Event’ Cari Jodoh Raih Perhatian Netizen

Dating 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu segelintir pasangan dijodohkan oleh keluarga masing-masing, zaman sekarang ini ramai orang menggunakan cara dan inisiatif lain untuk mencari jodoh. Seiring dengan teknologi juga, banyak aplikasi janji temu diwujudkan bagi memudahkan orang bujang mencari pasangan hidup.


Berbeza dengan cara bertemu jodoh melalui aplikasi, ada satu cara lain digunakan oleh generasi zaman ini untuk berkenalan dengan orang baharu iaitu dengan menghadiri event janji temu secara berdepan.

Event cari jodoh, sembang depan-depan

Tular di TikTok baru-baru ini mengenai satu event janji temu yang dinamakan ‘Speed Dating’ telah berlangsung di sebuah kafe yang terletak di Kuala Lumpur. Semasa acara itu dijalankan, beberapa peserta boleh berkenalan dan berborak sesama sendiri.

Artikel berkaitan: Jarak 23 Tahun Bukan Penghalang, Wanita 50 Tahun Jumpa Jodoh Umur 27 Tahun Di TikTok

Artikel berkaitan: “Jodohku teman kecilk” – Putera Mateen Kongsi Gambar Kahwin & Masa Kecil, Comel Je!

Difahamkan, peserta wanita akan duduk di beberapa meja makan yang disediakan lalu peserta lelaki pula akan duduk dari satu meja ke satu meja yang lain untuk mengenali hati budi masing-masing.

Dating 1

Dating 3

Ada untuk umur 40-an

Bagaimanapun, video yang tular tersebut menampakkan para peserta muda yang mungkin berumur dalam lingkungan 20 sehingga 30 tahun, namun penganjur event ini turut membuka peluang bagi mereka yang berusia lebih daripada itu.

Dating 2

Para peserta juga perlu membayar wang penyertaan, jadi mungkin ada sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan inisiatif mencari pasangan melalui aplikasi.

Dating 4

Video yang dimuat naik oleh penganjur event (@pertama.kali) tersebut telah menarik perhatian netizen di media sosial. Ramai antara mereka berasa teruja dengan inisiatif ini dan berminat untuk menyertai acara tersebut.

Dating 5

Menarik cara ni! Next dekat mana eh? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.