Jangan resah katak muncul di lubang tandas, tangkap atau halau saja guna 3 kaedah mudah ini - I-suke | mStar
suria

Jangan resah katak muncul di lubang tandas, tangkap atau halau saja guna 3 kaedah mudah ini

Katak gemar tinggal di dalam lubang tandas. -Gambar hiasan

KEWUJUDAN katak dalam lubang tandas pastinya meresahkan sesiapa sahaja terutama mereka yang ingin melepaskan ‘hajat’.

Jika diteruskan, bimbang pula si katak melompat keluar.

Cubaan untuk menangkapnya pula asyik tak berjaya kerana katak akan menyelam ke dalam saluran apabila melihat kelibat manusia.

Situasi yang berlaku menyebabkan ada yang terpaksa menahan sakit perut.

Anda yang sering mengalaminya bolehlah mencuba teknik menghalau katak yang dikongsikan netizen laman Facebook Tukang Apa Hari Ini.

1. Garam

Masukkan tiga cawan garam ke dalam lubang tandas.

Sifat garam yang berasid menyebabkan haiwan seperti katak dan ular tidak dapat hidup di dalamnya.

Meskipun tidak mati, kebiasaannya katak akan melarikan diri dan tidak kembali ke permukaan lubang tandas.

2. Coca-cola

Minuman berkarbonat ini memang tidak asing dalam hal berkaitan kebersihan rumah.

Selain dijadikan bahan untuk mencuci lantai dan jubin, Coca Cola juga boleh digunakan untuk menghalau katak yang bersembunyi dalam lubang jamban.

Bukan sahaja katak lari, jamban anda pun akan bersih dan wangi.

3. Kasut

Mungkin anda pelik dengan cara ini, namun meletakkan kasut terpakai di dalam tandas dan berhampiran jamban dapat membantu menangkap katak.

Kebiasaannya katak gemarkan tempat yang gelap, sejuk dan lembab, jadi haiwan ini akan keluar dari lubang dan masuk ke dalam kasut yang diletakkan.

Apabila katak sudah berada di dalam kasut, anda bolehlah buangnya jauh-jauh supaya ia tidak kembali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain