Soal Jodoh, Erra Fazira Serahkan Kepada Tuhan | Hot FM
Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Soal Jodoh, Erra Fazira Serahkan Kepada Tuhan

today16 May 2024

Background

Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira tampil memberi respons apabila ramai mendoakan agar hubungannya bersama bekas suami, Engku Emran kembali bertaut semula.

Menurut Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, berkata, dia tidak melihat ke arah itu namun percaya dengan takdir Yang Maha Esa.

“Masing-masing ada cerita masing-masing, kita nak cakap perkara ini tetapi jika Allah aturkan untuk perkara lain, susah. Saya juga tak memandang ke arah itu.

“Apa pun ia, saya percaya Allah aturkan sekiranya itulah takdirnya, siapa saya nak menolak tetapi saya tidak pun melihat ke arah itu.

“Sekarang ini saya bahagia, orang ada 10 mulut dan 10 bunyi tetapi kita tahu 10 bunyi pun akan kalah dengan satu ketentuan Allah,” ujarnya dalam program hiburan popular TV3, Melodi.

Dalam pada itu, aktres filem Hingga Hujung Nyawa itu mengakui kini tenang dan bahagia malah memohon semua mendoakan yang terbaik buatnya.

“Alhamdulillah, Allah memberi nikmat rasa tenang dan bahagia.

“Di masa sekarang, apa yang dikejar adalah ketenangan, wang ringgit boleh dicari, kalau duit banyak tetapi tiada ketenangan dan kedamaian pun tak berguna juga

“Doakanlah yang terbaik untuk saya di dunia dan akhirat, saya hargai semuanya,” ujarnya positif.

Ditanya apakah rasa trauma membelenggu diri untuk menjalin cinta semula, pelantun lagu Jendela Hati itu menidakkan ia sebaliknya mengambil langkah berhati-hati.

“Dia bukanlah trauma tetapi berhati-hati. Dalam berhati-hati ini pun kadang terbabas juga jadi jangan fikir banyak sangatlah.

“Jika Allah gerakkan, maka jadilah, jika tidak, tak mengapa. Sudah tentu pengalaman mengajar kita mematangkan.

“Tetapi itu juga bukan penghalang untuk kita melangkah ke hadapan,”

Untuk rekod, Erra pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali.

Erra mendirikan rumah tangga dengan komposer dan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun, bercerai pada 2006.

Setahun kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 15.

Namun bahtera perkahwinan Erra dan Emran terlerai selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Malah, Erra juga pernah digosipkan menjalin hubungan cinta bersama penyanyi, Shahir Zawawi namun putus dengan tengah jalan.  +

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Salma