Tarikh Gaji Jun 2024: Bayaran Sebelum Hari Raya Aidiladha

Tarikh Gaji Jun 2024: Bayaran Sebelum Hari Raya Aidiladha

Tarikh Gaji Jun 2024

Untuk bulan Jun 2024, penjawat awam yang bekerja dalam sektor awal bakal menerima gaji mereka pada tarikh yang ditetapkan. Penentuan tarikh pembayaran gaji tersebut telah dikeluarkan menerusi jadual tarikh pembayaran gaji oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Oleh itu, penjawat awam adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada jadual tarikh pembayaran gaji yang telah dikeluarkan.

e-Penyata Gaji

Untuk penjawat awam yang ingin mendapatkan penyata gaji mereka boleh mendapatkannya secara online menerusi sistem e-Penyata Gaji.

Tarikh Bayaran Gaji Jun 2024

Bagi jadual tarikh bayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024, berikut dikongsikan jadual bayaran gaji tersebut. Untuk bayaran gaji Jun 2024, tarikh bayaran gaji adalah pada 13 Jun 2024 iaitu pada hari Khamis.

Jadual Gaji Penjawat Awam 2024

Bulan  Tarikh  Hari  Catatan 
Januari  24.01.2024  Rabu  Hari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis) 
Februari  23.02.2024  Jumaat  Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad) 
Mac  25.03.2024  Isnin   
April  25.04.2024  Khamis  Hari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis) 
Mei  24.05.2024  Jumaat  Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat) 
Jun  13.06.2024  Khamis  Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) 
      Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa) 
Julai  19.07.2024  Jumaat   
Ogos  23.08.2024  Jumaat   
September  25.09.2024  Rabu   
Oktober  24.10.2024  Khamis  Hari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis) 
November  25.11.2024  Isnin   
Disember  19.12.2024  Khamis  Hari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu) 
You might also like
close-image