Pengeluaran KWSP Jangka Pendek : Dibenarkan Melalui Akaun 3 - Carianterbaru
Akaun 3Akaun FleksibelJangka PendekKWSPPengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP Jangka Pendek : Dibenarkan Melalui Akaun 3

Pengeluaran KWSP Jangka Pendek kini dibenarkan melalui akaun 3 dan boleh dilakukan oleh ahli berumur 55 tahun dan ke bawah. Seperti sedia maklum, bermula 11 Mei 2024, KWSP telah memperkenalkan satu lagi kemudahan yang dikenali sebagai akaun 3 atau akaun fleksibel.

PENGELUARAN KWSP JANGKA PENDEK

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melaksanakan penstrukturan semula akaun bermula bulai Mei ini. Apa yang menarik adalah satu lagi akaun telahpun dilancarkan iaitu akaun 3/ akaun fleksibel.

Akaun fleksibel ini berfungsi sebagai akaun untuk pengeluaran jangka pendek untuk tujuan peribadi masing-masing. Dengan adanya kemudahan akaun ketiga ini, akan memberi lebih peluang untuk pencarum menguruskan wang mereka.

Selepas tarikh kuatkuasa, caruman baharu sebanyak 10% akan dimasukan kepada akaun fleksibel bagi tujuan memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli KWSP. Dana di dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa khusus pada waktu kecemasan dan keperluan mendesak.

SYARAT PENGELUARAN JANGKA PENDEK KWSP

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam akaun 3 / fleksibel
  • Had minimum pengeluaran adalah RM50 dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

CARA PENGELUARAN MELALUI AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Untuk makluman umum, bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2024, setiap ahli berumur 55 tahun ke bawah diberi pilihan untuk memindahkan sebahagian dari akaun sejahtera ke dalam akaun fleksibel sebagai dana permulaan akaun 3.

Jika ahli memilih untuk tidak membuat pemindahan, baki akan kekal dalam akaun sejahtera masing-masing. Permulaan baki simpanan dalam akaun fleksibel akan bermula pada kadar sifar dan caruman berikutnya akan dikreditkan pada kadar 10 peratus.

Pencarum boleh membuat pindahan dana melalui aplikasi i-akaun KWSP atau melalui Self-Service Terminal (SST) di cawangan KWSP. Pengeluaran KWSP jangka pendek boleh dilakukan pada bila-bila masa melalui aplikasi i-akaun.

Untuk butiran penuh dan panduan lengkap berkenaan akaun fleksibel dan penstrukturan semula akaun KWSP, sila layari laman rasmi – KWSP (AKAUN 3)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila cek senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button