Keperluan menggunakan suara yang kuat sewaktu mengajar antara penyebab cikgu sering menghadapi masalah suara.
Keperluan menggunakan suara yang kuat sewaktu mengajar antara penyebab cikgu sering menghadapi masalah suara.

Tip penjagaan suara guru

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
19 May 2024 08:15am
A
A
A

Suara merupakan kunci utama yang diperlukan dalam profesion perguruan di seluruh dunia.

Ini kerana, suara digunakan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas, memberi arahan, mengekalkan disiplin dan memberi sokongan kepada para pelajar.

Persekitaran sekolah yang bising dan tahap pengetahuan dalam penggunaan serta penjagaan suara yang rendah menjadikan perguruan adalah profesion berisiko tinggi mengalami masalah suara.

Apa itu masalah suara?

Menurut portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, suara dikatakan bermasalah apabila kualiti suara dari aspek kelangsingan dan kekuatannya berubah daripada kebiasaan sebelum ini.

Suara dikategorikan bermasalah apabila penutur melaporkan ketidakselesaan atau sakit ketika menyanyi atau bercakap (ASHA, 2004).

Roy, Merrill, Thibeault, Parsa, Gray, Smith (2004), mendefinisikan masalah suara apabila suara tidak dapat berfungsi atau suara yang keluar adalah suara yang tidak sepatutnya dan mengganggu komunikasi individu tersebut.

Bagaimanapun, definisi suara normal dan tidak normal adalah bergantung kepada orientasi seseorang dalam membuat penilaian masalah suara individu lain.

Artikel Berkaitan:

Masalah berkenaan sering dilaporkan dalam kalangan guru berbanding profesion lain.

Ia banyak mengganggu guru-guru perempuan berbanding guru-guru lelaki.

Dikatakan, mereka (cikgu) sering menghadapi masalah suara sewaktu menjalani karier sebagai guru (Kooijman et al., 2007) dan 52 peratus pelajar-pelajar perguruan mempunyai masalah suara ketika tahun akademik (Miller & Sloane, 2002).

Kenapa guru sering menghadapi masalah suara?

1) Penggunaan suara berlebihan

2) Kurang masa pemulihan suara

3) Terdedah dengan habuk dan persekitaran berdebu

4) Keperluan menggunakan suara yang kuat sewaktu mengajar

5) Persekitaran kelas kurang akustikal

6) Persekitaran bising di dalam dan di luar kelas

7) Kekurangan latihan penggunaan suara yang betul

8) Tekanan, penat dan kurang rehat

9) Kegagalan mengenal pasti simptom-simptom penyalahgunaan suara

10) Kekurangan ilmu, pengetahuan atau kesedaran penggunaan penjagaan suara

11) Ketiadaan pencegahan penjagaan suara

Simptom-simptom awal kepenatan suara

1) Kerap penat bila banyak bercakap

2) Sakit tekak yang kerap seperti rasa perit dan tidak selesa

No Image Caption

3) Rasa tekanan atau sempit pada bahagian tekak apabila bercakap

Simptom-simptom kepenatan suara

1) Suara serak, pecah, kasar atau garau

2) Perlu bekerja keras untuk menghasilkan suara (effortful voice)

3) Rasa tidak selesa bila bercakap

4) Pengurangan julat kelangsingan dan fleksibiliti suara

5) Sukar melontarkan suara kuat

6) Sukar mengawal kualiti suara

7) Simptom bertambah apabila kerap bercakap dalam sehari atau seminggu

8) Suara kembali baik apabila mendapat rehat yang panjang

Apabila kepenatan suara berlaku dengan peningkatan frekuensi suara, ini akan menyebabkan individu mula memaksa otot-otot di sekitar leher bekerja dengan lebih keras bagi memaksa menghasilkan getaran pada pita suara untuk memastikan suara yang dihasilkan jelas.

Keadaan yang berterusan akan menyebabkan berlakunya masalah suara yang lebih teruk dalam kalangan guru-guru.

Bagaimana menjaga suara?

1) Bercakap dengan menggunakan postur badan dan sokongan pernafasan yang betul.

2) Buat latihan memanaskan suara sebelum sesi mengajar bermula.

3) Jangan bercakap dalam persekitaran bising. Bercakap dengan pelajar apabila kelas kembali senyap.

4) Kurangkan menjerit di dalam kelas. Dapatkan perhatian pelajar-pelajar di dalam kelas dengan membunyikan loceng, menepuk tangan atau menepuk meja sebelum memberi arahan.

No Image Caption

5) Suara sering berkait rapat dengan emosi. Tekanan atau kemurungan boleh mempengaruhi kualiti suara.

6) Pengambilan air yang kerap. Sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas sehari atau dua liter sehari. Digalakkan minum sewaktu sesi mengajar kerana guru terdedah dengan habuk di dalam kelas.

7) Tidak merokok atau minum minuman keras.

8) Guru perlu bergerak ke tengah kelas ketika mengajar agar pelajar di bahagian belakang dapat mendengar suara guru tanpa perlu menjerit kuat.

9) Bercakap dengan jelas menggunakan kadar pertuturan yang perlahan agar arahan tidak perlu diulangi.

10) Jika suara serak, jangan berbisik.

11) Jika suara serak, kurangkan bercakap atau menyanyi. Rehatkan suara sekurang-kurangnya 15 minit di antara sesi mengajar.

12) Gunakan alat bantuan suara (voice amplifier).

13) Jika suara serak berterusan sila dapatkan nasihat doktor atau Pegawai Pemulihan Perubatan (pertuturan) yang bertauliah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok