Imbangi Kenaikan Gaji Dengan Kadar Inflasi, Peningkatan Produktiviti | Suara Sarawak

ARTIKEL

Abang Johari bercakap kepada pemberita selepas merasmikan 'MBOR: Himpunan Terbesar Masyarakat Menggayakan Busana Pelbagai Etnik dan Menari' di Tebingan Sungai Kuching, hari ini. - Foto: Ramidi Subari

Imbangi kenaikan gaji dengan kadar inflasi, peningkatan produktiviti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan perlu mengimbangi kenaikan gaji dengan kadar inflasi supaya tidak berlaku kenaikan harga barang secara mendadak yang boleh mengurangkan manfaat kenaikan gaji tersebut.

Justeru, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menekankan pentingnya satu mekanisme bagi mengawal inflasi yang berlaku di negara ini.

“Kenaikan gaji tanpa kawalan inflasi yang baik hanya akan menyebabkan kuasa beli kekal sama, yang bermakna tiada manfaat sebenar kepada pekerja.

“Oleh itu, Kerajaan Persekutuan, khususnya Bank Negara dan Kementerian Kewangan, meneliti implikasi kenaikan gaji terhadap aliran wang dalam pasaran dan menetapkan kadar kenaikan yang seimbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan ‘Malaysia Book of Records (MBOR): Himpunan Terbesar Masyarakat Menggayakan Busana Pelbagai Etnik dan Menari’ di Tebingan Sungai Kuching di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mendedahkan bahawa cadangan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini, akan dipertimbang oleh kerajaan secara menyeluruh.

Baca lain  Mayat lelaki yang dipercayai hilang cari ambal, ditemui di sungai Kampung Tambirat

Beliau berkata, pada dasarnya, pendekatan Kerajaan MADANI dalam menangani kos sara hidup ialah memberi tumpuan kepada pendapatan rakyat.

Jelas Abang Johari, beliau menyambut baik cadangan itu, namun berpendapat bahawa sebarang kenaikan gaji perlu disesuaikan dengan kemampuan kewangan tempatan.

Beliau menekankan bahawa kenaikan gaji mampu merancakkan ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan domestik.

“Yang penting ialah jika gaji naik, ia akan mempergiatkan lagi ekonomi tempatan.

“Namun, ancaman utama yang perlu dikawal adalah inflasi,” katanya lagi.

Terdahulu, Abang Johari menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak juga sedang mengkaji kadar gaji minimum di negeri ini.

“Saya telah arahkan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki) bagi mengkaji perkara ini, kajian ini bertujuan memastikan kenaikan gaji yang bertepatan dengan peningkatan produktiviti.

“Kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada pembangunan bakat melalui Pelan Pembangunan Strategik Pasca COVID-19 (PCDS).

“Pembangunan bakat adalah kunci utama. Tanpa kemahiran, tiada bayaran yang tinggi.

“Jadi, kita mengutamakan pembangunan kemahiran untuk memastikan pekerja menerima gaji yang lebih tinggi,” ujarnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Belia digalakkan ceburi bidang perindustrian 

SEBAUH: Bagi memenuhi keperluan masa kini dalam bidang perindustrian, golongan belia, terutamanya lepasan sekolah menengah dan pengajian tinggi, digalak untuk menceburi kerjaya dalam sektor tersebut

Guru berperanan hasilkan generasi muda berkualiti

MIRI: Guru memainkan peranan penting dalam usaha menghasilkan generasi muda yang berpendidikan berkualiti serta modal insan dinamik pada masa depan. Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk

Galak kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya

SIBU: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu memainkan peranan penting dalam menggalakkan kanak-kanak untuk berinteraksi secara langsung dengan rakan-rakan lain. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan

BERITA TERBARU

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.