Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan Astro Kem Badminton minggu ini sebagai usaha mencari bakat baru badminton negara.

hebahan maklumat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat sambutan hangat oleh sekolah-sekolah rendah di negeri itu, terutama dari Sekolah Kebangsaan Zainab 1, yang terkenal dengan sukan berprestasi tinggi.

Seramai 50 pelajar sekolah itu dalam usia 10 hingga 12 tahun hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis bagi sesi uji bakat semalam.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya pelajar yang berminat untuk mempamerkan bakat mereka.

Salah seorang guru di sekolah itu, Ros Yati Abdullah, berkata: "Pada pendapat saya, Kem Badminton Astro hari ini memberikan impak yang sangat-sangat besar kepada pelajar memandangkan kami jarang-jarang dapat mengisi ruang kepada pelajar untuk mengikuti kem seperti ini.

"Jadi, apabila ada kem seperti ini, mereka semua mahu menyertainya, jadi mungkin itu sebabnya sambutannya amat ramai daripada SK Zainab 1.

"Walaupun mereka mungkin tiada bakat yang amat tinggi, ia demi pengalaman kali pertama buat mereka," katanya.