Dr Mahathir tetap di hati Rita
Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Dr Mahathir tetap di hati Rita
Diterbitkan:  May 17, 2024 5:29 PM
Dikemaskini: May 18, 2024 2:47 AM
1

Walaupun tidak sedikit pihak yang mengkritiknya atas pelbagai isu dalam negara, bekas perdana menteri itu tetap di hati pelakon Rita Rudaini.

Disebabkan perasaan kasihnya terhadap Dr Mahathir, Rita turut menyuarakan keinginan untuk bertemu dengan ahli politik veteran berusia 98 tahun itu.

“Teringin berjumpa dengan negarawan Tun @chedetofficial,” katanya di media sosial.

Mengiringi hantaran itu, Rita, 48, turut memuat naik imej Dr Mahathir bersalaman dengan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Pada masa sama, ibu kepada dua anak lelaki itu mendoakan agar Dr Mahathir sentiasa sihat.

“Semoga Allah memanjangkan umur Tun dan diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat Malaysia pada 16 Julai 1981. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu menyandang jawatan tersebut selama 22 tahun, satu tempoh paling lama dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara.

Dia dikenali sebagai Bapa Pemodenan atas kejayaannya menjadikan Malaysia daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden.

walaupun berundur sebagai perdana menteri pada Oktober 2003, dia tidak pernah meninggalkan arena politik apabila sentiasa bersuara berkenaan isu-isu semasa, termasuk mengkritik penggantinya, iaitu Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak.

Pada 2016, dia menubuhkan Bersatu selepas keluar dengan Umno dan menyertai PH, seterusnya menewaskan BN dalam PRU 2018 dan sekali lagi dilantik menjadi perdana menteri pada usia 93 tahun.

Dia meletakkan jawatan dua tahun kemudian, membawa kepada keruntuhan kerajaan PH. Serentak dengan itu, dia turut berundur daripada jawatan pengerusi Bersatu.

Sehingga kini, Dr Mahathir kekal sebagai tokoh politik yang aktif walaupun selepas bersara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
1
ADS