Tips Cari Jodoh Online - IIUMC

Tips Cari Jodoh Online

Hi semua. Aku Dahlia. Baru berkahwin dan, ye, aku kenal jodoh aku online. Hehe.

Niat di sini, sekadar berkongsi, kot2 ada yang nak cari jodoh, tapi buntu. 

Cara yang aku guna ialah dengan menggunakan dating apps.

Berikut adalah tips2 yang aku gunakan.

1) Kenalpasti ciri2 suami yang kita idamkan. 

Ini kelebihan cari jodoh di dating apps, kita boleh pilih benda ni. Kerja apa, umur berapa, rupa macam mana, tinggal kat mana, education level etc. Kalau rasa match dengan lelaki idaman kita, barulah swipe right atau like. 

2) Straight to the point dan tanya soalan2 taaruf yang relevant. 

Bila dah match, nak teruskan perbualan. Make sure, straight to the point. Yang ni, sebab aku perempuan, aku agak reluctant untuk first move sebenarnya hehe..

So, apa yang aku buat, aku akan pilih lelaki yang straight to the point.. Macam mana tu? Contohnya, dia terus cakap yang dia nak taaruf, dan dia nampak serius. Boleh nampak jugak melalui chat tu, dia serius atau tak.

Kalau hari2 tanya how’s your day, dah makan ke belum, macam tak serius lah tu..

Tapi kalau soalan tu ke arah taaruf, nak berkenalan, nak kenal kita, family kita, kerja kita macam mana. Most likely dia serius, sebab nak cari calon bini takkan tanya dah makan ke belum je hari2. 

3) Judge character dengan baik dan berhati hati. 

Percaya atau tidak, sebenarnya kita boleh judge seseorang tu based on cara dia text and converse dengan kita. Dia ni, jenis hormat perempuan ke, jenis serius ke, jenis suka judge orang ke, playboy kee.

Kalau baru chat seminggu dah panggil sayang, buat lawak pelik2 tu, hmm fikir2 sendiri lah ye. Maka. Tapis2 la. Yang ni kena pandai sikit la.. Agak2 red flag, jangan teruskan lagi ye.

4) Jangan chat ramai orang dalam masa yang sama. 

Ini penting ye. Haha.. Nanti kita jugak yang susah.. So, apa aku buat ialah, once aku dapat orang yang aku ada long conversation, and orang tu, nampak serius, and aku selesa dengan dia, aku terus stop chat dengan yang lain.

Kalau tetiba dah kenal2 lama sikit, and aku rasa ada something yang tak sesuai dengan orang tu, baru aku akan terus terang, stop all contact dengan dia. Dan barulah aku akan teruskan pencarian.

Ini penting, sebab kalau chat lebih dari sorang dalam satu masa, kita yang penat.. Haha. End up, giveup nanti. Apa pun takdee.

5) Kenalpasti timeline pasangan anda. 

Bila dah rasa selesa sikit, bolehlah start tanya2, apa planning dia.. Bila plan nak kahwin, etc.

Kadang2, kita rasa sesuai dengan dia, tetiba rupanya dia nak kahwin 3 tahun lagi, ko pulak dah gatal dah nak kahwin. Haaa. Susah jugak. Hahaha.

6) Jangan tunggu terlalu lama untuk berjumpa.

Yang ini sebab taknak terjadi, dah rasa ok, tetiba jumpa, tak berkenan pulak.. Gambar macam shah rukh khan, jumpa depan2, eh edit rupanya. Haha.

Rupa tak penting, tapi, itu nak hadap seumur hidup kottt.. Pastu, nak kenal betul2 memang kena jumpa, kalau tak, takut jugak, orang ni, online ok, in real life pelik pulak. Haha.. Kan buang masa tu.

Kalau bagi aku, sebulan chatting, boleh dah set plan untuk jumpa.. Tak salah perempuan tanya dulu, kadang2 lelaki takut nak tanya. Haha.

7) Jaga batas.

Kalau boleh, nak jumpa tu, berteman. Especially kali pertama. Yelah, sebab kenal online kan. Susah jugak.. Perasaan risau dan takut akan ada.. Kang kena culik susah pulakk. 

8) Jujur dan open dengan pendapat pasangan.

Apa pun, bagi aku, once ko dah berjumpa, and ko rasa ok dengan dia, that’s it. Stop searching now. Kalau rasa lepas jumpa tak ok. Then, terus terang..

Sebab tu before decide nak jumpa, kena orang yang kita betul2 rasa dia boleh jadi suami kita. Haha..

Sebab bagi aku, once dah berjumpa ni, kira macam dah halfway dah la. Tapi, kalau dah lepas jumpa, dia pulak tak ok dengan kira, kita kena accept jugak la and move onn.. Haha.

Ok. Aku rasa tu je kott. Apapun cari jodoh kat dating apps ke kena banyak hati2.. Sebab yelah. Ruang untuk cheating tu banyak.

Once dah betul2 ok dengan pasangan, kena make sure jugak, dia takde tengah layan orang lain pada masa yang sama, and yakinkan dia yang u pun serius dengan dia.

Sebab takut, bila kita dah berharap, rupanya dipermainkan.. Sakit tuu. Hmm, begitulah..

Rasanya tu je kot. Doakan rumah tangga saya dan suami berkekalan yee. Thank you.

– Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Comment di post lain

  • Ara on Aku Lelaki Gemuk III: “Tak perlu overthinking la bob.. kau pergi kaunseling..buang semua penyakit anxiety tu.. selalu pikir xpadan dgn nita nanti boleh mjejaskan…May 16, 23:44
  • MHG on Dendam Sampai Mati: “Sesetengah golongan beragama begini (tak semua ya) memang bodoh berlagak pandai. Macam bagus tapi dialah paling bodoh sekali. Hasil dari…May 16, 23:22
  • Kate on apa yang harus aku buat?: “Bagus mak awak ni isteri solehah. Tapi kebaikan dia tu dah menyusahkn org lain. Kalau mk tegas Dari awal paling…May 16, 22:05
  • Pau Syomel on Kerana Reunion: “Kak cepatlah part 2…..tak sabar nak tau kenapa dengan Aliyah tu 🤣May 16, 19:44
  • Duri on Childless Marriage: “Betul tu mamaoyen. Saya pernah ada kawan yang masa tu dia baru kawen , dia dgn bangganya cakap dia belum…May 16, 18:20
  • Iris on Aku Lelaki Gemuk III: “Dua-dua ada masalah insecurity. Awak suruh Nita gemuk je lah. Sebab itu je yang menyebabkan awak akan rasa okey sebab…May 16, 18:17
  • Iris on Aku Si Penakut @ Pemalu: “Aku pun introvert jugak, tapi dah terpaksa kena belajar bercakap juga. Cara yang aku buat: 1. Sebelum tidur bayangkan diri…May 16, 17:46
  • Hamidah on Kenapa Awak Tak Kerja?: “respect kat you sis. terus kuat utk anak2. kalau betul nak cerai kerana sbb you tak keje, cerai jelah. dont…May 16, 16:37
  • Mamaoyen on Kisah Si Keding: “Bersyukur la sbb masih sihat… Sy pom dulu sedih gak sbb sume org kata sy gemuk… Yelah tinggi 170cm pastu…May 16, 16:15
  • Mamaoyen on Delulu Bertemu Delulu: “Temukan lah mereka berdua… Agar sama2 bersati bergabung dan meletup…May 16, 16:04