MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: DUNIA LAKONAN - JULIA ZIEGLER JELAS DIA BELUM TINGGALKAN BIDANG SENI ITU

18 May 2024

DUNIA LAKONAN - JULIA ZIEGLER JELAS DIA BELUM TINGGALKAN BIDANG SENI ITU



Nampaknya sudah lama kita tidak lihat pelakon Julia Ziegler, 40, muncul di kaca televisyen (TV) sejak kebelakangan ini.
Berhubung perkara itu, Julia tampil menjelaskan, dia belum lagi meninggalkan bidang lakonan, sebaliknya masih merindui bidang lakonan yang sudah diceburi sejak dulu.

"Saya sudah lama tak diundang ke acara hiburan dan berasa seolah-olah sudah dipinggirkan dari industri seni.

"Saya masih meminati bidang lakonan dan belum meninggalkan bidang seni walaupun sudah lima tahun tidak berlakon. Rindu, siapa yang tidak rindu? Di rumah hanya hadap kuali dan dapur sahaja.

"Kali terakhir, saya berlakon ialah watak cameo pada tahun lalu. Ia hanya membabitkan dua tiga babak sahaja dan penggambaran dilakukan pada hujung minggu," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Jangan T£gur' ini, dia terpaksa memberikan tumpuan pada anak-anak selepas berumah tangga.

"Masa aktif berlakon dulu, saya tidak berhenti dari penggambaran drama dan filem.

"Selepas selesai penggambaran di Kedah boleh sambung ke Johor pada keesokan harinya tanpa sebarang mas@lah.

"Namun, kini, saya terpaksa memberi keutamaan kepada dua anak yang masih kecil berusia 4 dan 5 tahun di rumah kerana ketiadaan pengasuh," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai watak pula, Julia berkata, dia tiada mas@lah jika ditawarkan watak 'emak', sekali gus 'comebacknya' dalam bidang lakonan selepas ini.

"Saya pernah bawa watak ibu kepada pelakon Raja Farah sebelum ini. Saya juga sudah melakonkan bermacam watak termasuk peny0ndol pada zaman muda dulu.

"Jadi, saya harap ada penerbit dan pengarah yang sudi tawarkan saya berlakon selepas jni," tutur Julia yang mempunyai darah campuran Melayu-Jerman-Amerika Syarikat.

Untuk makluman, Julia berkahwin dengan jurutera mekanikal berdarah Melayu-Jerman dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup bersama Johan, Julia atau nama sebenarnya, Julia Bob Fauzi Ziegler, telah dikurniakan dua cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: