Cuepacs yakin semua kerajaan negeri ikut laksana kenaikan gaji penjawat awam - Kosmo Digital

Cuepacs yakin semua kerajaan negeri ikut laksana kenaikan gaji penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (hadapan, empat dari kiri) bersama sebahagian penjawat awam menunjukkan isyarat tangan 15 peratus sebagai tanda terima kasih kenaikan gaji pada Himpunan Penjawat Awam Terengganu di Tok Jiring, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) optimis kenaikan gaji lebih 15 peratus yang bakal dinikmati penjawat awam akan dilaksanakan seluruh negara termasuk melibatkan kakitangan kerajaan negeri berkuatkuasa 1 Disember depan.

Presiden Cuepacs, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, berdasarkan rekod sebelum ini, tiada satu pun skim saraan perkhidmatan awam yang diluluskan kerajaan Persekutuan ditolak oleh mana-mana kerajaan negeri.

“Skim perkhidmatan awam di negara ini cuma satu dan ia diguna pakai untuk semua kakitangan kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Tidak bolehlah perkhidmatan dan jawatan sama tetapi gaji berbeza (di peringkat persekutuan dan negeri) , ia akan menjadi jurang yang tidak saksama,” katanya ketika ditemui pada Himpunan Penjawat Awam Terengganu di Tok Jiring di sini hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu memberi jaminan kerajaan Persekutuan akan membantu kerajaan negeri yang mempunyai masalah kewangan untuk melaksanakan kenaikan gaji penjawat awam yang telah diumumkan awal bulan ini.

Adnan berkata, setakat ini, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam tersebut telah disambut baik oleh kerajaan negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Ujar beliau, Cuepacs percaya kerajaan negeri lain bukan tidak bersetuju dengan pelarasan gaji penjawat awam tersebut tetapi menunggu perinciannya terlebih dahulu.

“Cuepacs yakin tiada masalah (kerajaan negeri mengikut kenaikan gaji penjawat awam diumum kerajaan Persekutuan).

“Sebelum ini, semua kerajaan negeri mengikut memberi bantuan khas Aidilfitri dan bonus penjawat awam yang diumum kerajaan Persekutuan malah ada yang (memberi) lebih baik lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI