👩‍🍳One-Pan Spaghetti Kupang

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia🇲🇾

Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot Meal

Spaghetti Kupang Masak Sekali… mudah disediakan kerana semuanya sekali masak dalam satu pan.Cukup lengkap nutrisi yang diperlukan .

Sumber protein dari kupang, karbo dari pasta, mineral dan vitamin dari kacang peas, cauliflower, serai,bunga kantan, tomato, dan baby spinach.

Semua didalam satu pot… Masak sekali.🍲.

Kupang (3 p)
Bunga kantan(2 p)
Serai (1 p)
Tomato
Kacang peas
Total=6 p✅

#GlobalApron2024
#Challenge11
#OnePotMeal
#KupangBungakantanSerai

2093/3K
237/2024

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3 orang
  1. 100 g Pasta-Spaghetti
  2. 2 cawan air
  3. 1 tin sambal Kupang* - ambil kupang sahaja
  4. 1 Bunga kantan*-hiris halus ambil 2 sb
  5. 1 Serai*- hiris halus ambil 1 sb
  6. 1 biji Tomato*- potong dadu kecil
  7. 1/2 cawan floret cauliflower*
  8. 5 biji kacang peas*
  9. 1/2 biji Bawang holland- cincang
  10. 3 ulas Bawang putih- cincang
  11. 1 kiub ayam
  12. 1/2 cawan Baby spinach
  13. Chilli flakes
  14. Hirisan lemon

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan2

  2. 2

    Panaskan butter dalam kuali. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu.
    Masukkan serai* dan bunga kantan*. Sambung tumis hingga wangi.

    Masukkan buah tomato* dadu.Tumis layu.

    Masukkan air dan pasta spaghetti. biarkan mendidih dan pasta lembut. Sesuaikan keperluan air jika pasta belum lembut

  3. 3

    Masukkan stok ayam. gaul rata.
    Apabila pasta hampir lembut dan air berkurang, masukkan kacang peas* dan cauliflower*. Gaul rata. Tutup sekejap dan biarkan mereneh (3 minit)

  4. 4

    Buka penutup, masukkan kupang* dan baby spinach. Taburkan chilli flakes. Gaul rata. Terus Tutup api.

  5. 5

    Sedia dinikmati. Perah lemon jika suka

Reaksi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia🇲🇾
👩‍🍳 The kitchen is the heart of the home❤️🏠 🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi