“Kalau Yakin Rezeki Itu Dari Allah, Jangan Risau”

“Kalau Yakin Rezeki Itu Dari Allah, Jangan Risau”

Pelakon Rita Rudaini menitipkan pesanan buat selebriti di luar sana agar tidak takut seandainya hilang rezeki kerana menyokong Palestin serta tidak mempromosikan jenama barangan yand diboikot.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata dia pernah melalui situasi sama ketika isu vaksin dimana ketika itu jika tidak divaksin tiada job untuk dirinya.

BACA: Anak Rita Rudaini Raih Keputusan Cemerlang Pointer 3.99 Di MRSM

Bagaimanapun, Rita berkata ketika itu dia percaya bahawa rezeki yang diterima adalah daripada Allah dan Allah yang menentukan rezeki untuknya.

“Kalau yakin rezeki itu dari Allah, insyaAllah. Jangan risau, jangan takut.  Sis dah pernah lalui zaman-zaman vaksin dulu.  No, vaksin, no job for you Rita. But diorang lupa sis ada Allah. Allah yang pegang rezeki sis,” katanya.

Umum mengetahui hangat diperkatakan gerakan Blockout2024 melibatkan selebriti dan pempengaruh media sosial yang mempromosikan barangan yang diboikot sehingga mereka hilang banyak pengikut di media sosial.