“Suami beli kereta second hand” - Atikah Suhaime seronok dapat hadiah Range Rover, tapi belum ada lesen - Hiburan | mStar
suria

“Suami beli kereta second hand” - Atikah Suhaime seronok dapat hadiah Range Rover, tapi belum ada lesen

Atikah dapat hadiah kereta meskipun tiada lesen memandu.

PELAKON Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa syukur selepas menerima hadiah sebuah kereta berjenama mewah jenama Range Rover daripada suaminya iaitu Datuk Lokman Teh.

Meskipun hanya kereta terpakai, Atikah atau Nur Atikah Suhaimie, 33, tetap gembira dan teruja menerima pemberian istimewa suaminya itu.

"Suami saya belikan kereta second hand, Alhamdulillah," katanya.

size NP 1 - 2024-05-19T161802.152

Atikah masih belum memiliki lesen memandu.

Atikah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran klip video di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Mengakui belum mempunyai lesen memandu, Atikah berkata buat masa ini suamilah yang akan menjadi pemandu.

Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Lokman atas pemberian tersebut.

"Masalahnya satu sahaja, saya tiada lesen kereta. Nasib baik ada suami tolong drive.

ARTIKEL BERKAITAN: Terasa kerdil bawa gelaran Datin, Atikah Suhaime sedang biasakan diri... “Kalau kawan-kawan tak payah panggil”

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih sambut 1 Syawal berasingan, Atikah Suhaimie dan suami tak mahu pening kepala hal remeh

"Yes baby, terima kasih banyak, saya sayang awak," ujarnya.

Perkongsian itu juga mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyatakan rasa kagum kerana pelakon itu tidak malu berkongsi tentang kereta terpakai yang dimilikinya.

"Alhamdulillah rezeki. First time tengok artis mention kereta 2nd, tapi gembiranya macam dia dapat kereta baru.

size NP 1 - 2024-05-19T161643.013

Atikah berasa syukur dan gembira selepas suami hadiahkan kereta terpakai buatnya.

"Suka dengan Atikah ni, humble dan sangat bersyukur dengan apa yang suami dia bagi," antara komen netizen.

Untuk rekod, Atikah dan Lokman selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain