Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar - Kosmo Digital

Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina.

PETALING JAYA – UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika ini, yang didakwa tidak fokus dalam tugasan beliau.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Damansara, Amin Shukor berkata, sebagai seorang menteri dan kepimpinan yang berjasa sekian lama, UMNO Cawangan SS9A beranggapan beliau tidak fokus kepada tugas Ketua Penerangan parti serta disifatkan sekarang ini perlu lebih pro aktif.

Katanya, akar umbi UMNO keseluruhannya memerlukan satu perlaksanaan strategi serta gerak kerja hala tuju drastik yang lebih jelas agar setiap tindakan akar umbi itu tidak tersasar.

“Sebagai seorang menteri, kami yakin beliau cukup ‘perform’ dan ini jelas menguntungkan UMNO. Oleh itu, kita memerlukan individu yang mungkin boleh lebih fokus untuk bertindak sebagai Ketua Penerangan dan ‘ada masa’ merencana usaha-usaha serta tindakan tidak bermusim.

“Satu pelan naratif masa depan UMNO yang lebih praktikal perlu segera digerakkan oleh Ketua Penerangan serta segala usaha perlu digembleng kepada usaha bersangkutan portfolio penerangan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Amin, UMNO Cawangan SS9A juga ingin mengusulkan untuk kepimpinan parti mempertimbangkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi menggalas seterusnya portfolio sebagai Ketua Penerangan yqng baharu.

“Melalui kemahiran, pengetahuan serta pengalaman dimiliki beliau, ianya dilihat satu kelebihan yang boleh diguna pakai untuk kebaikan UMNO.

“Selain UMNO Cawangan SS9A juga beranggapan beliau ‘ada masa’ untuk lebih fokus merencana, bergerak dan bertindak sebagai Ketua Penerangan yang baru,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI