in

Warga Singapura Antara Suspek Direman Bagi Bantu Siasatan Kes Balai Polis Ulu Tiram

Ulu Tiram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Balai Polis Ulu Tiram, hari ini telah menahan reman seorang warga Singapura bagi membantu siasatan insiden serangan di balai polis tersebut pada Jumaat lalu.


Menurut laporan Harian Metro, warga Singapura tersebut bakal direman tujuh hari sehingga 24 Mei. Ini menjadikan jumlah suspek yang direman setakat ini sebanyak 7 orang.

Beberapa peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili individu direman turut hadir ke IPD.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan bahawa seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun dan pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.

Kronologi kes

Ulu Tiram
Infografik oleh sinar harian

Berikut perincian kronologi kes yang dikatakan berlaku pada jam 2.54 pagi itu:

2.30 pagi : Dua pelajar IPT, seorang lelaki dan seorang perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

2.35 pagi : Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.

Ada polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi mereka diserang dan ditetak mati oleh suspek. Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.

2.54 pagi : Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian pipi yang tembus kepala. Seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

Artikel berkaitan: Warga Singapura Antara Suspek Direman Bagi Bantu Siasatan Kes Balai Polis Ulu Tiram

Artikel berkaitan: Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram, KPN Sahkan Suspek Merupakan Anggota JI

Kemudian, 2 anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai untuk memeriksa dan berlaku tembak menembak dengan suspek.

Anggota yang maut adalah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, manakala anggota yang cedera ditembak dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.