Cik B kena paksa ibu buat 'trend Asoka', watak ganas bertukar comel!
Connect with us

Selebriti

Cik B kena paksa ibu buat ‘trend Asoka’, watak ganas bertukar comel!

Diterbitkan

pada

Usahawan dan pempengaruh muda, Cik B kena paksa ibu buat trend Asoka apabila berkongsi video tersebut di platform TikTok miliknya.

Cik B ikut trend Asoka!

Menerusi posting berkenaan, Cik B yang terkenal dengan dandanan serta reaksi wajah yang ganas bertukar comel dan cantik selepas disolek seperti wajah pelakon Bollywood.

@cikb_havoc

My ASOKA Version forced by mum, @QU PUTEH BARULAH PUTEH #asokamakeup #asokamakeuptrend #asokamalaysia #cikb #bossb #cikbhavoc #cikbasoka #fyp #fypシ゚viral #onthisday #foryou #foryoupage

♬ original sound – jharna bhagwani – jharna bhagwani

Cik B kena paksa ibu buat video Asoka juga

Dalam video tersebut, Cik B atau nama sebenarnya,  Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 18 tampil dengan solekan yang kurang cantik dahulu sebelum membuat transformasi dengan solekan yang menampilkan sisi femininnya.

“Asoka versi saya yang dipaksa ibu,” tulisnya ringkas.

Cik B kena paksa ibu, siap bantu pakaikan contact lens

Dalam perkongsian yang dibuat ibunya pula, Dato’ Seri Vida di akaun TikTok, dia telah menunjukkan proses pembikinan video trend Asoka tersebut.

Dapat dilihat yang Cik B dibantu mengenakan kanta lekap di bahagian mata dan juga sesi mengenakan solekan bagi mengikuti gaya Bollywood.

@datoserividaofficial

Siapa dah tengok @cikb_havoc66 punya asoka? Pergi tengok sekarang anak mama yang comeiii 😍 #datosrivida #cikbhavoc #quputehbarulahputeh

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Artikel lain: Rakam video bersolek setengah hari, DSV kecewa disamakan dengan ‘pocong’

Cik B sebenarnya cantik ye

Susulan daripada posting yang dibuat Cik B, pelbagai komen diterima dan rata-rata memuji penampilannya yang berbeza daripada biasa.

Remaja terbabit yang selalunya terlihat ‘ganas’ dengan pakaian yang lebih ‘boyish’ tampil begitu cantik serta comel apabila didandan dengan solekan serta berpakaian sari.

Asoka versi comel, hilang watak ganas

Cik B pemenang trend ni!

 

 

Menyala Cik B!

cik b kena paksa ibu

 

Terdahulu, Dato’ Seri Vida turut melaukan trend Asoka dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Walaupun hasil video tersebut cantik dan mendapat pujian ramai, namun ada yang berseloroh dengan menyamakan DSV dengan hantu pocok disebabkan turban yang dipakainya.

Sumber: TikTok cikb_havoc

PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Continue Reading
Advertisement