Hadiah Hari Guru cukup menarik & praktikal untuk diberikan tahun ini
Home > Gaya Hidup > Guru oh guru, ini idea hadiah Hari Guru cukup praktikal untuk dihulurkan
Guru oh guru, ini idea hadiah Hari Guru cukup praktikal untuk dihulurkan

Bak lilin membakar diri, peranan guru dalam membentuk hidup dan moral pelapis anak bangsa kian jelas dari hari ke hari. Mereka bukan sahaja mengajar subjek akademik di sekolah, tetapi juga membentuk peribadi dan nilai-nilai murni dalam diri kita. Maka, tiada salahnya jika kita meraikan para pendidik dengan menghulurkan hadiah Hari Guru tahun ini.

Tanpa bimbingan dan dedikasi mereka, mungkin sukar untuk kita mencapai kejayaan dalam akademik dan kehidupan. Mereka juga berfungsi sebagai penunjuk arah dengan menunjukkan contoh tingkah laku yang baik dan etika kerja yang kuat. Oleh itu, jasa dan sumbangan guru amatlah berharga dan perlu dihargai oleh setiap lapisan masyarakat.

Bersempena dengan Hari Guru yang bakal berlangsung pada 16 Mei setiap tahun, kami kongsikan beberapa idea hadiah Hari Guru yang cukup praktikal dan menarik untuk diberikan kali ini.

Idea hadiah Hari Guru 2024

1. Mug

hadiah hari guru
Kredit: dUCK

Memberi mug sebagai hadiah Hari Guru adalah idea yang menarik dan praktikal. Mug bukan sahaja berguna untuk kegunaan harian, tetapi juga boleh dijadikan kenangan manis bagi guru. Selain itu, bagi pendidik yang gemar menghirup kopi di pagi hari sebelum memulakan sesi mengajar, hadiah kecil ini semestinya amat bernilai bagi mereka.

Beli di sini

2. Tudung

hadiah hari guru
Kredit: Tudung People

Cukup elegan dan bermakna, memilih tudung sebagai hadiah Hari Guru semestinya pilihan yang cukup tepat. Tudung bukan sahaja praktikal tetapi juga menunjukkan kepekaan dan penghargaan terhadap gaya dan keperluan peribadi guru. Menambah sentuhan peribadi seperti mencetak nama atau initial guru pada tudung turut menjadikannya lebih istimewa.

Beli di sini

3. Tumbler

hadiah hari guru
Kredit: Montigo

Memberikan tumbler sebagai hadiah adalah pilihan yang cukup praktikal dan bersesuaian bagi guru yang selalu sentiasa on-the-go. Tumbler tidak hanya berguna untuk membawa minuman kesukaan mereka seperti kopi, teh, atau air, tetapi juga membantu mengurangi penggunaan cawan plastik.

Beli di sini

4. Tuala

hadiah hari guru
Kredit: IKEA

Bagi anda yang ingin memberi tuala sebagai hadiah Hari Guru, pastikan anda memilih kualiti yang berkualiti tinggi dan lembut, seperti cotton. Anda juga boleh menyelit kata-kata penghargaan menerusi kad ucapan, di samping tuala tersebut.

Beli di sini

5. Tali leher

Kredit: POLO

Memberikan tali leher sebagai hadiah Hari Guru adalah cara klasik dan elegan untuk menunjukkan penghargaan kepada guru lelaki. Tali leher yang dipilih dengan teliti tidak hanya menambah keanggunan pada penampilan harian mereka tetapi juga menjadi simbol penghargaan yang mereka boleh gayakan dengan penuh bangga.

Beli di sini

6. Coklat sebagai hadiah Hari Guru

hadiah hari guru
Kredit: Godiva

Very sweet! Coklat sebagai hadiah adalah cara yang cukup manis untuk menunjukkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada para guru. Coklat, sebagai simbol kebahagiaan dan kemewahan, dapat menggembirakan hati si penerima dengan begitu mudah. Memilih kotak coklat berkualiti tinggi atau coklat buatan tangan yang dibalut indah juga menunjukkan tanda penghargaam kita terhadap para guru.

Beli di sini

7. Kad ucapan sebagai hadiah Hari Guru

Kredit: Typo

Tidak perlu membeli hadiah mahal, cukup dengan memberikan kad ucapan sebagai hadiah adalah cara sederhana namun sangat bernilai untuk mengekspresikan rasa terima kasih dan penghargaan kepada para guru. Menerusi kad ucapan, anda berpeluang untuk mencurahkan isi hati yang mungkin tidak diungkapkan selama ini.

Beli di sini

Moga artikel ini bermanfaat bagi anda semua.

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

(The information in this article is accurate as on the date of publication.)
Guru oh guru, ini idea hadiah Hari Guru cukup praktikal untuk dihulurkan

Adriana Syaurah

Digital Writer

Bermula dengan jatuh cinta pandang pertama terhadap dunia perfileman, Syaurah kini menjadikan nota dan pen teman akrab dalam kamus kehidupan. Mahu mendalami sisi dunia penulisan gaya hidup, penulis Gen-Z ini juga kerap meluangkan masanya menyelam di bundle sekitar KL.