Sup Barli Ayam

0h Hana !!
0h Hana !! @hana25_7someday
shah alam

Kena … memang kena sangat la dengan tema minggu ni..

Sabtu malam.. saja la call mak kat kampung… nak bertanya khabar

udah tak larat nak bercakap.. rupanya 1 rumah alami muntah dan cirit birit..

Maka hana terus lah rasa nak balik kampung jengah barang sekejap..paling cepat pagi ahad la

Jadi malam tu juga terus rebuskan barli biar kembang tengok apa lagi yang ada dalam peti ais.. ada la beberapa ketul ayam
Jadi menunya pastilah sup

Dan pagi ahad usai subuh.. terus hana dan anak anak balik ke kampung walau jaraknya 3 jam perjalanan…

Alhamdulillah kegembiraan orang tua sangat bermakna.. tersenyum hilang sebentar sakitnya

Menghirup sup sebagai penawar

Dan tika hujan lebat sebelum senja menyapa.. selamat kembali ke teratak sendiri

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawan barli
  2. 8 cawan air
  3. 4 ketul isi ayam
  4. 1 kiub ayam
  5. secukupnya Garam
  6. 1 biji bawang besar
  7. 1 inci halia
  8. 3 ulas bawang putih
  9. 1 batang kulit kayu manis
  10. 2 kuntum bunga lawang
  11. Sedikit daun sup
  12. Sedikit bawang goreng

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh barli dan rebus dengan api perlahan sehingga kembang

    Masukkan isi ayam dan rebus lagi 1 jam… tambahkan air jika mengering

    Sebelum subuh hana renihkan kembali barli malam tadi

    Hiris bawang besar dan bawang putih.. halia di ketuk sahaja

    Tumis bahan ni bersama kulit kayu manis dan bunga lawang

  2. 2

    Masukkan ke dalam periuk rebusan barli tadi.. tambahkan kiub ayam dan garam masak lagi 1/2 jam..

    Siap… boleh la masukkan ke dalam bekas tahan panas..

Reaksi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

0h Hana !!
0h Hana !! @hana25_7someday
pada
shah alam
memasak itu satu terapi dan kegembiraan...
Baca lagi