Tidak menang tangan beri kejutan pada guru - Utusan Malaysia

Tidak menang tangan beri kejutan pada guru

ANTARA hadiah disediakan Maizatul Akmar Mat Nasir yang ditempah pelanggan untuk perkhidmatan surprise delivery sempena sambutan Hari Guru di Aqma craft, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pengusaha perkhidmatan penghantaran hadiah secara mengejut atau surprise delivery di negeri ini antara yang tidak menang tangan menerima tempahan sempena sambutan Hari Guru semalam.

Sejak kebelakangan ini mula menjadi trend kebanyakkan ibu bapa membuat kejutan daripada anak kepada guru di sekolah khususnya pada Hari Guru.

Malah, ada dalam kalangan ibu bapa mengeluarkan belanja sehingga RM400 bagi menyediakan hadiah anak kepada guru yang dihantar menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha Aqma craft, Maizatul Akmar Mat Nasir,34, berkata, sejak semalam dia menerima banyak tempahan menyediakan hadiah seterusnya melakukan surprise delivery kepada guru.

Katanya, ada pelanggan yang menghantar set tudung, set perfume, bunga kebanyakkan barangan yang boleh digunakan kepada guru sebagai hadiah sempena Hari Guru.

“Jika dahulu, kita banyak beli hadiah dan bungkus sendiri untuk anak-anak berikan kepada guru dan kebelakangan ini menjadi trend menggunakan surprise delivery ini.

“Hari ini sahaja, ada lebih 10 tempahan untuk dihantar kepada guru di sekolah. Antara paling mahal ada lebih kurang RM400 bagi menyediakan hadiah tersebut.

“Lain-lain ada yang harga RM100 dan pelbagai harga lain untuk surprise delivery ini. Kebanyakkan guru yang menerima kejutan ini juga sangat menghargainya,” katanya.

Tambah Maizatul, selain kejutan hari lahir, perkhidmatan surprise delivery juga menjadi tumpuan sempena sesuatu sambutan seperti Hari Guru, Hari Jururawat dan sebagainya.

“Kadang-kala ibu bapa tidak sempat menyediakan hadiah khususnya pada Hari Guru ini dan menggunakan perkhidmatan surprise delivery ini dilihat lebih mudah.

“Kebanyakkan yang menggunakan perkhidmatan ini sempena Hari Guru ini adalah ibu bapa membabitkan murid-murid sekolah rendah,” katanya.

Tambah usahawan bimbingan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) itu, dia menerima bimbingan daripada segi latihan dan bantuan peralatan daripada NCER dalam membantu mengembangkan perniagaan tersebut,-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya