LATIHAN PENGGUNA E-MEL GOOGLE WORKSPACE JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR - Jabatan Mufti Negeri Selangor

LATIHAN PENGGUNA E-MEL GOOGLE WORKSPACE JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 10 Mei – Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) melalui Bahagian Maktabah telah menganjurkan Latihan Pengguna E-Mel Google Workspace bertempat di Bilik Mesyuarat Raja Mahmud Zohdi, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Kursus tersebut dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan JMNS dan turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor. Latihan disampaikan oleh Ts. Ahmad Omar Arbain, wakil dari Syarikat Awantec Systems Sdn. Bhd. yang merupakan pembekal e-mel Google Workspace bagi Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Objektif utama latihan ini adalah untuk memberi pendedahan secara terperinci kepada pegawai dan kakitangan berhubung cara pengurusan dan penggunaan ciri-ciri e-mel Google Workspace mmandangkan JMNS baru sahaja menggunakan platform e-mel Google Workspace.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu memberi pendedahan teknologi e-mel Google Workspace kepada semua pegawai dan kakitangan seterusnya melancarkan tugasan seharian.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com