Jenayah Seksual Budak 5 Tahun Nodai Adik, Ketagihan Seks
Asuh

Budak 5 Tahun Nodai Adik Kembar, Ketagih Seks Gara-Gara Ibu Kandung!

12
SHARES
jenayah seksual

Satu lagi berita mengejutkan adalah seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia lima tahun ditahan atas jenayah seksual kerana tergamak menodai adik kembarnya. Hal ini adalah gara-gara kerap menyaksikan ibu kandung melakukan hubungan seks bersama teman lelaki!

Ramai yang terkejut ekoran kejadian ini kerana kanak-kanak tersebut baru sahaja berusia 5 tahun dan sudah mempunyai rasa nafsu sebegini.

Baca juga: Ayah Tulis Diari Catat Setiap Kenangan Dengan Anak Sejak Lahir Undang Sebak..

BUDAK 5 TAHUN TERLIBAT JENAYAH SEKSUAL, NODAI ADIK KEMBAR

jenayah seksual

Foto hiasan: Donegal Daily

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kes yang berlaku di salah sebuah negeri beberapa tahun lalu itu sekali gus mengubah kehidupan kanak-kanak lelaki terbabit menjadi seorang yang ketagih untuk melakukan hubungan seksual.

Peristiwa yang sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan kanak-kanak ini terbongkar apabila mangsa yang merupakan adik kembar kepada pelaku mengadu kepada ibu angkatnya selepas mengalami kesakitan di bahagian sulit.

Siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan abang mangsa kerana ketagihan untuk melakukan hubungan seks akibat kerap menyaksikan ibunya melakukan hubungan terbabit bersama seorang lelaki di rumah mereka.

Katanya, kes jenayah seksual berkenaan dikhuatiri akan mengakibatkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.

“Apa yang membimbangkan jenayah seksual melibatkan kanak-kanak ini bukan sahaja menjadi mangsa, malah pemangsa”.

Menurut beliau, statistik turut merekodkan 70 peratus mangsa jenayah seksual adalah kanak-kanak berusia 13 hingga 18 tahun dan kemungkinan perkara ini disebabkan faktor kematangan selain aspek kehidupan mereka itu sendiri. Justeru, semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan jenayah seksual dapat diatasi terutamanya melibatkan kanak-kanak.

jenayah seksual

Foto hiasan: Asianparent

Peringatan buat ibu bapa untuk mempunyai sikap bertanggungjawab dalam memantau perkembangan dan pergerakan anak-anak penting bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perkara yang tidak bermoral. Pastikan anda asing tempat tidur jika anak sudah boleh berdikari sendiri. Tips untuk asingkan tempat tidur anak seperti:

1.Libatkan anak dalam proses menyiapkan bilik tidurnya sendiri supaya terbiasa.
2.Beritahu kelebihan ada dan tidur di bilik sendiri.
3.Teman anak sebentar sehingga dia berani.
4.Ajar anak lawan rasa takut.
5.Kerap puji anak bila dia dah mula berani tidur sendiri.

*Bila buat macam ini barulah anak tak merengek nak tidur bersama dan menyaksikan perkara-perkara yang tidak sepatutnya!

Baca juga: 7 Perangai Tidak Matang Dalam Kalangan Orang Dewasa, Buang Masa Layan!

Sumber: Sinar Harian

Foto: YouthkiAwaaz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×