Ambil Berat, Ini Cara Pastikan "Fuel Pump" Kereta Tahan Lama
Siakap Keli
cara fuel pump kereta tahan lama
Gambar: TikTok @altimatautogarage

Ambil Berat, Ini Cara Pastikan “Fuel Pump” Kereta Tahan Lama

Ambil Berat, Ini Cara Pastikan “Fuel Pump” Kereta Tahan Lama

Seperti yang diketahui, setiap kereta dilengkapi dengan pelbagai komponen, yang setiap daripadanya mempunyai fungsi dan peranan tersendiri.

Tahun demi tahun, teknologi kenderaan ditambah baik bagi memberikan pengalaman pemanduan yang terbaik.

Sebagai pemandu atau pemilik kereta, perlulah mempunyai asas pengetahuan setiap komponen tersebut bagi memastikan kenderaan empat roda mereka tidak mudah rosak atau ‘meragam’.

Antara komponen-komponen lazim iaitu radiator, gearbox, tayar, minyak enjin dan banyak lagi, jika tidak diselenggara dengan baik, kereta yang dinaiki berisiko mudah mengalami kerosakan.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan salah satu komponen penting yang dipandang mudah oleh pemandu khususnya golongan wanita iaitu, fuel pump.

Menurut perkongsian pemilik akaun TikTok @altimatautogarage, ia mendedahkan rahsia di sebalik komponen itu tahan lama dan tidak mudah rosak.

Buat macam ni kalau taknak fuel pump cepat rosak

Jelas lelaki dalam klip berdurasi satu minit 10 saat itu, terdapat dua cara penjagaan untuk memastikan fuel pump kereta tahan lama.

Enjin kereta dihidupkan

Cara pertama adalah memastikanlampu indikator pada dashboard meter hilang sebelum menghidupkan enjin.

Terdapat dua cara untuk menghidupkan enjin kereta bagi langkah ini iaitu kenderaan yang menggunakan sistem kunci dan kenderaan yang menggunakan push start button.

Gambar: TikTok @altimatautogarage

Bagi kereta yang masih menggunakan kunci, pertama sekali masukkan kunci dan pusing untuk ‘on’ namun pesan lelaki itu jangan terus hidupkan enjin.

Pastikan lampu indikator pada dashboard meter padam atau hilang dahulu dan barulah hidupkan enjin.

BACA: Empat Tabiat Punca “Aircond” Kereta Cepat Rosak, No 2 Paling Ramai Buat

Gambar: TikTok @altimatautogarage

Manakala kereta yang menggunakan sistem baharu push start button (keyless) perlu tekan dahulu butang hidupkan enjin (jangan pijak pedal brek lagi).

Tekan kali kedua dan biarkan semua lampu indikator menyala terlebih dahulu dan terpadam. Kemudian barulah tekan pedal brek dan tekan push start button. 

Lampu indikator minyak petrol

Gambar: TikTok @altimatautogarage

Cara seterusnya untuk memastikan fuel pump kereta tidak mudah rosak adalah isi minyak sebelum lampu indikator menyala.

Menurut lelaki itu, amalan mengisi minyak sewaktu indikator ini berkelip boleh menyebabkan komponen itu mudah rosak.

Semoga bermanfaat.

@altimatautogarage

Fuel pump cepat jahanam kalau tak buat macam ni, ambil tahu lagi-lagi perempuan !! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairaircondkereta #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #automotive #automotif #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #aircondkeretataksejuk #aircondkeretabaubusuk #bengkelserviceaircondkereta #otomotif #bengkelkuang #bengkelmobil

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Sumber: TikTok @altimatautogarage

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?