Getaran | Sukan | Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Sukan Dikemaskini 5 hari yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 9:33AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memberi tentangan sengit dan mensia-siakan peluang mudah sebelum tewas 2-3 kepada Sabah FC pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Kedua-dua pasukan bermula seimbang apabila saling melancarkan serangan bertali arus sebelum pasukan pelawat dikendalikan Datuk Ong Kim Swee memperolehi jaringan pertama pada minit ke-25 menerusi Gabriel Peres apabila mudah menolak masuk ke gawang gol KDN FC.

Penyerang import KDN FC Chadrack Muzungu gagal memanfaatkan peluang menyamakan jaringan minit ke-32 apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti mudah diselamatkan penjaga gol Sabah FC Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua perlawanan, Sabah FC memperolehi peluang terbaik menambah jaringan pada minit ke-52 namun percubaan pemain import Telmo Ferreira dalam kotak penalti gagal disempurnakan.

KDN FC bimbingan Park Jaehong berjaya meledak gol penyamaan menerusi pemain import dari Korea Selatan Kim Ri-Gwan dengan tandukan hasil sepakan penjuru pada minit ke-55.

Kemampuan penjaga gawang KDN FC, Khatul Anuar terus ditumpaskan apabila pemain gantian Sabah FC Stuart Wilkin menyumbat jaringan kedua menerusi percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-64.

Berselang lima minit, Ramon Machado mengambil kesempatan dengan kekalutan di hadapan pintu gol lawan untuk menolak mudah gol ketiga Sabah FC.

KDN FC dilihat semakin rancak pada lewat perlawanan apabila pemain import Korea Selatan Bae Kyeong Hwan menanduk masuk bola hasil hantaran sepakan percuma rakan sepasukan pada minit 90+1, sekali gus gagal mengutip mata di laman sendiri. - BERNAMA

Sorotan

1

Azizulhasni Tinggalkan Saingan Kebangsaan, Pertahan Emas Keirin

2

Serbuan Pusat Hiburan, 15 Wanita Warga Asing Ditahan

3

Ziyad Rangkul Emas Kejohanan Dunia Jepun

4

PM Sampaikan Perutusan Negara 9 Malam Ini

5

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

6

Cuba Ceroboh Masuk Istana Negara, 2 Individu Dipenjara 2 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Tidak Bercampur Masyarakat, Kata Menteri

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 11 jam yang lalu

Bekas Setiausaha Politik Hamzah Didakwa Atas Pertuduhan Berkaitan Rasuah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Terima Rasuah RM350,000, Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin Mengaku Tidak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Anak MB Perlis Mengaku Tak Bersalah Buat Tuntutan Palsu 

oleh Wartawan The Vibes