MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: K£S HADANAH ATAU HAK PENJAGAAN KEKAL DUA ANAK - ROSLAND & BEKAS ISTERI BELUM CAPAI KATA SEPAKAT

17 May 2024

K£S HADANAH ATAU HAK PENJAGAAN KEKAL DUA ANAK - ROSLAND & BEKAS ISTERI BELUM CAPAI KATA SEPAKAT



Suami kepada pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman, 51, yang menuntut hadanah atau hak penjagaan kekal dua anak iaitu Nur Anisa, 13, dan Nurin Tasnim,12, daripada bekas isteri, Adibah Abdul Mutalib, 51, nampaknya masih belum mencapai kata sepakat.
Peguam Syarie, Junid Ramali yang mewakili Adibah selaku defendan berkata, pada prosiding perbicaraan k£s hadanah kekal semalam, mahkamah mendengar keterangan daripada pihak plaintif (Rosland) berhubung tuntutan yang dibuatnya.

"Kes masih berjalan daripada keterangan pihak plaintif pada hari ini (semalam) terhadap hak penjagaan kekal dua anak perempuan itu dan masih lagi tiada kata sepakat untuk anak-anak berkenaan akan tinggal bersama siapa.

"Jadi, kita teruskan saja k£s ini kerana kedua-dua pihak (plaintif dan defendan) masing-masing ada hak penjagaan ke atas dua anak-anak itu sebagai ibu bapa kandung yang sah.

"Cuma, di pihak defendan (Adibah), saya yang mewakili anak guam, macam biasa akan berusaha membuktikan kemampuan atau kelayakan (penjagaan) agar dapat diputuskan berdasarkan perkara tersebut," jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya berhubung tuntutan k£s hadanah ini yang sudah berjalan lebih setahun, Junid berkata, pihaknya berharap ia dapat diselesaikan sepenuhnya pada tahun ini juga.

"Insya Allah, doakan kita 'settle' (selesaikan) pada tahun ini juga. Apapun, anak guam saya (Adibah) sentiasa bersedia dan akan terus memberikan kerjasama yang baik.

"Bagi pihak anak guam saya selaku defendan akan memberikan keterangan dalam perbicaraan yang disambung pada Julai depan," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Adibah yang hadir berbaju jingga itu tidak dapat ditemubual kerana kurang sihat. Manakala, Rosland pula hadir ditemani ibu mentuanya, Aisah Abdullah, 62.

Sebelum ini, k£s tuntutan hadanah kekal berkenaan difailkan Rosland pada 24 Mac tahun lalu dengan dia selaku plaintif diwakili peguam, Nurul Balqis Nordin dari Amri & Associates.

Perbicaraan seterusnya di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Hussain akan bersambung pada Julai depan.

Terdahulu, Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 3 Ogos, tahun lalu.

Mereka yang sudah hidup bersama selama 28 tahun, mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan berusia antara 12 hingga 27 tahun.

Kemudiannya, Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020 lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan seorang anak perempuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: