Gaji Mei 2024: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Gaji Mei 2024: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Semua penjawat awam yang ingin mengetahui tarikh pembayaran gaji Mei 2024 boleh merujuk informasi daripada artikel ini. Tarikh pembayaran ini telah ditetapkan dan dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Kami kongsikan di bawah tarikh gaji penjawat awam untuk gaji Mei 2024, bersama beberapa info yang lainnya. Anda boleh share artikel ini sekiranya bermanfaat.

Artikel Terkini:

Gaji Mei 2024

Bagi yang belum tahu, penjawat awam boleh mendapatkan e-penyata gaji untuk pelbagai tujuan melalui sistem e-Penyata gaji. Sistem ini bukan sahaja memudahkan urusan pengeluaran penyata gaji tapi ia juga dapat memendekkan masa yang diperlukan untuk tujuan pengeluaran penyata gaji pada bila-bila masa.

Sistem ini telah digunakan secara rasmi oleh semua penjawat awam bermula pada bulan Oktober pada tahun 2010 yang mana ia selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.

Sistem ini hanya akan menyimpan Penyata Gaji dan Penyata pendapatan Tahunan Penjawat Awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

  • 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan,
  • 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan

Tarikh Bayaran Gaji Mei 2024

Kami kongsikan di bawah jadual tarikh bayaran bagi penjawat awam bagi tahun 2024, bagi rujukan pembaca.

Untuk bayaran gaji penjawat awam pada bulan Mei 2024, gaji adalah pada 24 Mei 2024 iaitu pada hari Jumaat.

gaji mei 2024
gaji mei 2024

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% bemula Disember 2024

Sempena Hari Pekerja 2024, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anuar Ibrahim telah mengumumkan bahawa semua penjawat awam akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus bermula 1 Disember 2024.

gaji mei 2024

Kenaikan ini adalah kenaikan gaji tertinggi yang pernah berlaku dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Sebelum ini, kadar kenaikan gaji yang tertinggi adalah 13% sahaja. Kenaikan gaji ini akan melibatkan peruntukan mencecah lebih dari RM10 bilion bagi memberi manfaat kepada semua pekerja sektor Kerajaan.

Penafian

Semakankini merupakan laman portal informasi yang berkongsi maklumat terkini. Semakankini bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Segala maklumat yang dikongsikan diperolehi daripada berita dan website rasmi kerajaan. Rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Leave a Comment