12 Soalan Lazim Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd - MISHU - Malaysia No.1 Digital Company Secretary
panduan pendaftaran syarikat sdn bhd di malaysia

12 Soalan Lazim Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd

Sebanyak 4,000 Sdn Bhd baharu didaftarkan setiap bulan, lantas tidak hairanlah pasukan kami menerima banyak pertanyaan mengenai pelbagai aspek pendaftaran syarikat.

gambar tangan menunjukkan banyak pertanyaan tentang cara mendaftarkan syarikat sdn bhd di malaysia

Untuk memastikan akses kepada maklumat tepat, kami telah mengumpulkan jawapan kepada 12 soalan yang paling kerap ditanya mengenai pendaftaran syarikat di Malaysia.

Gunakan isi kandungan di bawah untuk terus ke mana-mana soalan. Jika ada pertanyaan tambahan, hubungi pasukan kami!

Jom mulakan.

1. Adakah Sdn Bhd atau Enterprise lebih baik?

Ia bergantung pada sejauh mana anda menghargai kelebihan utama Sdn Bhd: Perlindungan liabiliti terhad.

Jika Enterprise anda bankrap, aset peribadi anda boleh dirampas untuk membayar pemiutang.

Jika Sdn Bhd bankrap, aset peribadi anda selamat selagi tiada unsur penipuan atau salah laku.

Sudah tentu ada lagi, dan kami jelaskan sepenuhnya dalam panduan Sdn Bhd vs Enterprise kami.

2. Berapakah kos operasi Sdn Bhd?

Kami berharap anda faham bahawa angka spesifik adalah mustahil untuk diberikan.

Namun, kami dengan yakin mengatakan bahawa Sdn Bhd adalah entiti perniagaan yang paling mahal untuk dioperasikan, dan kos penyelenggaraan termasuk:

  • Audit wajib
  • Pelantikan wajib

Sebaliknya, pada tahap keuntungan yang lebih tinggi, Sdn Bhd menikmati kadar cukai yang lebih baik.

3. Bolehkah Sdn Bhd didaftar atas talian?

Ya, boleh – dan anda mempunyai dua pilihan:

  1. Daftar sendiri melalui portal web MyCoID SSM
  2. Lantik pihak ketiga seperti MISHU untuk mendaftarkan Sdn Bhd untuk anda

Ingat bahawa terdapat beberapa cabaran yang datang dengan pendaftaran sendiri:

  • Perlu melawat SSM secara fizikal untuk meluluskan akaun MyCoID anda
  • Menjelaskan sifat perniagaan anda dengan tepat mungkin tidak semudah yang disangka
  • Mungkin perlu jawab pertanyaan dari SSM mengenai permohonan pendaftaran anda
  • Kerumitan selepas pendaftaran seperti lesen, akaun bank, dan pendaftaran badan berkanun

Dalam pengalaman kami, pemilik perniagaan akan hilang sabar dan lantik kami lambat laun juga 😊

4. Apakah syarat mendaftarkan Sdn Bhd?

Anda boleh mendaftarkan Sdn Bhd jika anda boleh memenuhi syarat berikut:

  • Sekurang-kurangnya seorang pengarah tinggal di Malaysia
  • Sekurang-kurangnya seorang pemegang saham
  • Modal berbayar sebanyak RM1
  • Seorang Setiausaha Syarikat
  • Alamat berdaftar di Malaysia

Tak begitu susah, kan?

Berikut adalah beberapa nota tambahan:

  • Walaupun modal berbayar minimum adalah RM1, adalah bijak untuk komited kepada jumlah yang lebih tinggi kerana bank dan rakan kongsi berpotensi pasti akan melihatnya dengan lebih baik.
  • Pengarah dan pemegang saham boleh menjadi orang yang sama.
  • Untuk kemudahan, kebanyakan Sdn Bhd menggunakan alamat perniagaan Setiausaha Syarikat mereka sebagai alamat berdaftar mereka.
  • Terdapat juga yuran pendaftaran SSM sebanyak RM1,010.

5. Apakah modal berbayar?

Untuk memahami modal berbayar, kita mesti terlebih dahulu memahami modal saham.

Seringkasnya:

Modal saham adalah jumlah yang boleh dikumpulkan oleh syarikat jika semua saham yang diterbitkan dijual. Modal berbayar adalah jumlah yang sebenarnya dikumpulkan melalui penjualan saham-saham ini.

Katakan sebuah syarikat baru mengeluarkan 10 saham pada harga RM1,000 setiap satu.

Syarikat ini memiliki nilai modal saham sebanyak RM10,000.

Encik Pengarah membeli lima saham untuk memberikan diri mereka kepentingan majoriti dalam syarikat.

Selapas itu, seorang pelabur rahsia (bukan ibu mereka) membeli dua saham.

Syarikat itu kini mempunyai jumlah modal berbayar sebanyak RM7,000.

6. Apakah Setiausaha Syarikat?

Ia adalah pelantikan wajib bagi syarikat di Malaysia di bawah Seksyen 236(1) Akta Syarikat 2016, dan bertanggungjawab untuk memastikan pengarah menjalankan perniagaan mematuhi undang-undang syarikat Malaysia sepenuhnya.

Setelah anda mendaftar Sdn Bhd, anda mempunyai 30 hari untuk melantik seorang Setiusaha Syarikat.

Jika tidak jelas, MISHU adalah firma CoSec – katakan hai kepada Fenny, Ketua CoSec kami!

MISHU Cosec Manager Fenny

Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat pos kami mengenai 6 tugas utama Setiausaha Syarikat.

7. Adakah anda layak jadi pengarah syarikat?

Sesiapa pun boleh menjadi pengarah syarikat jika mereka memenuhi kriteria berikut:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
  • Tinggal di Malaysia
  • Bukan seorang bankrap
  • Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan berkaitan penipuan atau rasuah
  • Tidak didiskualifikasi di bawah Seksyen 199 Akta Syarikat 2016

Dan kerana ramai pengarah juga akan menjadi pemegang saham syarikat mereka, kami ambil kesempatan ini untuk menjawab soalan yang jarang ditanya – tetapi patut!

7.1 Apakah Pemilikan Benefisial?

Ia merujuk kepada konsep Pemilik Benefisial, individu yang meraih keuntungan syarikat (seperti kawalan dan ganjaran kewangan) tanpa nama mereka disenaraikan sebagai pemegang saham secaraa rasmi.

Ia boleh dan sering digunakan untuk pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.

Inilah sebabnya pindaan 2024 Akta Syarikat memerlukan semua syarikat mengenal pasti dan menyertakan senarai Pemilik Benefisial dengan SSM.

8. Berapa kos mendaftar Sdn Bhd?

Terdapat dua jawapan untuk ini:

  1. Daftar sendiri: RM1,010 (yuran pendaftaran SSM)
  2. Lantik MISHU: RM1,599 (yuran pendaftaran SSM + caj perkhidmatan MISHU)

Anda boleh semak jadual yuran rasmi SSM di sini.

9. Berapa lamakah tempoh memproses permohonan?

Jika tiada isu dengan permohonan, SSM lazimnya mengambil masa tiga hingga lima hari bekerja.

Malangnya, jika terdapat bilangan permohonan tinggi, ia boleh mengambil hingga seminggu, jadi bersabarlah 🙂

10. Adakah syarat penamaan syarikat?

Ya, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Sebagai permulaan, nama syarikat yang dicadangkan anda sudah tentu tidak boleh digunakan atau ditempah oleh pihak lain, yang boleh disahkan melalui portal MyCoID SSM (anda perlu mendaftar untuk akaun).

Andai kata nama itu belum diambil, ia juga perlu mematuhi beberapa larangan lain:

  • tidak terlalu serupa dengan nama entiti perniagaan sedia ada
  • tidak mengandungi perkataan yang boleh menyalahgambarkan perniagaan anda
  • tidak mengandungi bahasa yang boleh dianggap menghina atau tidak senonoh
  • tidak boleh menjadi akronim yang boleh dikelirukan dengan agensi kerajaan
  • tidak mengandungi perkataan yang menunjukkan kaitan dengan insitusi diraja Malaysia, badan persekutuan, atau antarabangsa
  • tidak menggunakan perkataan yang dikawal oleh badan berkanun tertentu kecuali dengan kebenaran

Penamaan syarikat adalah topik yang sangat luas dan untuk benar-benar memahaminya, kami sangat mengesyorkan membaca panduan lengkap kami mengenai garis panduan penamaan syarikat di Malaysia.

11. Apakah SSM?

Sebenaarynya tiada sesiapa yang tanya kami soalan ini!

Tetapi sangat kerap, orang akan bertanya kepada kami sama ada mereka boleh “Mendaftar SSM” yang memberikan tanggapan orang yang bertanya mungkin salah faham apa itu ‘SSM’.

ibu pejabat SSM yang menyelia semua sdn bhd di malaysia

‘SSM’ bukan entiti perniagaan tetapi badan berkanun persekutuan yang mengawal selia operasi semua entiti perniagaan di Malaysia. Nama penuhnya adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Companies Commission of Malaysia.

Jadi seseorang tidak mendaftar SSM, tetapi mendaftar dengan SSM!

12. Apa pula selepas mendaftarkan Sdn Bhd?

Anda jadi jutawan!

Bergurau sahaja.

Hakikatnya, mendaftarkan syarikat tidak bermaksud anda boleh mula beroperasi.

Ia bergantung pada aktiviti perniagaan anda, tetapi berikut adalah langkah seterusnya yang lazim:

Setelah itu, teruskan bereniaga selama beberapa dekad, dan mungkin anda akan menjadi jutawan.

Dan dengan kebenaran anda, MISHU ingin menemani anda setiap langkah.

Izinkan MISHU bantu daftar syarikat anda

Pasukan MISHU terdiri daripada Setiausaha Syarikat berlesen dan perunding perniagaan yang sedia bantu mendaftarkan Sdn Bhd anda dengan lancar dan pantas. Hubungi kami hari ini!

Powered by MISHU AI
Maya

Hello, I am Maya, your AI assistant. I have been trained to answer any questions about our services to make things easier and faster for you. Feel free to ask me anything!

Dont worry, for peace of mind, a human colleague will follow up after our chat to confirm important details and offer further assistance.

Let's get started. How can I help you today?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to top
Dikuasai oleh MISHU AI
Maya

Selamat sejahtera, saya Maya, "AI Assistant" anda. Saya telah dilatih untuk menjawab sebarang soalan tentang perkhidmatan kami untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan anda. Jangan ragu untuk bertanya kepada saya apa-apa!

Jangan risau, rakan sekerja saya akan membuat susulan selepas sembang kami untuk mengesahkan butiran penting dan menawarkan bantuan lanjut.

Mari kita mulakan. Bagaimana saya boleh membantu anda hari ini?