GEORGE TOWN: Pulau Pinang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan bangunan warisan, keunikan makanan dan pembangunan moden malah kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
Namun, ramai tidak mengetahui bahawa Pulau Pinang pernah memberikan sumbangan terbesar kepada institusi percetakan dan media khususnya industri akhbar selaras dengan kemajuan teknologi media yang sedang berkembang pesat pada abad ke-19 dan ke-20 ketika itu.
Pulau Mutiara juga pernah menjadi pusat perkembangan institusi percetakan di negara ini, menyaksikan akhbar pertama yang dicetak di Malaysia dikenali sebagai The Prince of Wales Island Gazette pada 1806 adalah di negeri itu.
Wartawan veteran di Pulau Pinang, Arulldas Sinnappan yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan hampir 44 tahun berkata apabila melihat sejarah dan kajian, kebanyakkan surat khabar di Malaysia bermula di Pulau Pinang termasuk akhbar Melayu, Inggeris dan Tamil.
Beliau yang berusia 70 tahun dan memulakan kerjaya dengan akhbar Tamil Osai pada 1980, berkata penyelidikan yang dilakukan beliau ketika ini mengenai sejarah orang India sempena sambutan 100 tahun penubuhan Penang Indian Chamber mendapati Pulau Pinang pernah menjadi tools for news.
"Penang Gazette ditubuhkan pada 1923, malah semua akhbar Tamil turut berasal dari negeri ini. Kemudian, saya juga dapat tahu yang sehingga tahun 70-an sebelum penubuhan akhbar The Star, Straits Echo juga turut berasal dari Pulau Pinang iaitu surat khabarpaling disukai ramai pada ketika itu.
"Jadi, saya boleh katakan dari zaman dahulu lagi Pulau Pinang sentiasa menjadi pusat ramai pembaca berita, dalam erti kata lain Pulau Pinang ini tools for news kepada rakyatnya," katanya kepada Bernama.
Menurut Jurnal 'Pulau Pinang Bandar Percetakan Awal Negara' oleh penulis negara dan bekas pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr. Jelani Harun, terdapat puluhan akhbar dan majalah diterbitkan antara 1894 hingga 1940 sekali gus menjadi asas operasi institusi percetakan yang awal di Pulau Pinang.
Sehingga akhir Perang Dunia Kedua (1942), tidak kurang daripada 20 syarikat percetakan wujud dan beroperasi di Pulau Pinang selain kemajuan negeri ketika itu turut menjadi tarikan kemasukan pengarang serta penerbit berpengalaman dari Sumatera seperti Muhammad Yunus Abdul Hamid.
Menurut jurnal tersebut, terdapat beberapa faktor utama mendorong kemunculan negeri itu sebagai bandar percetakan awal negara termasuk menjadi sebuah Negeri-Negeri Selat yang berkembang pesat sehingga menjadi bandar dagang kosmopolitan serta moden selain Singapura.
"Kewujudan pelbagai institusi percetakan di Pulau Pinang telah memberi kesan dalam kelahiran beberapa buah akhbar dan majalah yang berpengaruh ketika itu termasuk dalam menyediakan ruangan khusus tentang bahasa dan sastera," menurut jurnal itu.
Antara akhbar yang beroperasi di Pulau Pinang sejak 1894 termasuk Tanjung Penegeri (1894) yang dicatatkan sebagai akhbar paling awal terbit di negeri berkenaan, diikuti Pemimpin Warta (1895), Chahaya Pulau Pinang (1898), Lingkungan Bulan (1900), Bintang Timur (1900), Idaran Zaman (1925), Suara Melayu (1926), Saudara (1928) dan Pemimpin Melayu (1933).
Meskipun sarat dengan sejarah akhbar konvensional, industri media di Pulau Pinang juga tidak terlepas daripada mengharungi cabaran berikutan kebanjiran berita daripada media sosial dan media digital terutama platform asing yang tidak mempunyai pengarang.
Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang Mohd Iskandar Othman berkata media turut berdepan saingan sengit khususnya dalam aspek pemberitaan bertanggungjawab di media sosial.
"Dunia kewartawanan hari ini memang sangat mencabar apatah lagi dengan kehadiran wartawan media sosial atau warga siber yang laju menyebarkan berita tanpa mempedulikan kesahihan maklumat, hanya memikirkan rating dan penonton dan dipercayai masyarakat.
"Situasi ini sudah tentu menjadi cabaran besar buat pengamal media konvensional kerana kita juga perlu cepat untuk menangkis maklumat-maklumat tersebut," katanya.
'Etika Teras Kewartawanan Mapan' telah diangkat sebagai tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 berlangsung pada 25 hingga 27 Mei di Kuching, Sarawak yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Ramai tidak mengetahui bahawa Pulau Pinang pernah memberikan sumbangan terbesar kepada institusi percetakan dan media khususnya industri akhbar. - Gambar fail/Bernamaa
AWANI 7:45 [11/06/2024] - Siasatan kes bunuh Zayn Rayyan | KKM siasat insiden keracunan makanan | Johor tuntut 30% hasil cukai | Tebus maruah kita
#AWANI745 malam ini bersama Jasmine Abu Bakar;
- Bebas atau dakwa? nasib ibu bapa Zayn Rayyan terjawab Khamis
- Dimaki hamun berbakul-bakul, PM tegaskan mahu perbetul sistem lapuk
- Selepas TMJ bersuara, Johor hari ini tuntut 30 peratus hasil cukai daripada kerajaan Pusat
- Berjuang can cipta sejarah, malam penentu Harimau Malaya
- Bebas atau dakwa? nasib ibu bapa Zayn Rayyan terjawab Khamis
- Dimaki hamun berbakul-bakul, PM tegaskan mahu perbetul sistem lapuk
- Selepas TMJ bersuara, Johor hari ini tuntut 30 peratus hasil cukai daripada kerajaan Pusat
- Berjuang can cipta sejarah, malam penentu Harimau Malaya
AWANI Ringkas: Polis panggil pengusaha katering, penganjur, guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: KPDN siasat alasan pihak naikkan harga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terokai dunia di skrin besar dengan Sooka TV Stick
Jenama penstriman terkemuka Malaysia, Sooka hari ini melancarkan Sooka TV Stick yang dipenuhi ciri-ciri baharu serta menakjubkan.
#AWANI745
#AWANI745
Operasi bawa jemaah selesai, kesemua 31,600 orang kini di tanah suci
Daripada kuota seramai 31,600 orang, tiada lagi jemaah haji Malaysia yang akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dengan penerbangan terakhir iaitu KT100 tiba di Mekah pada 9 Jun 2024.
#AWANI745
#AWANI745
Lebih 100 kedai di Pasar Chatuchak musnah
Lebih 100 kedai di pasar terkenal di Chatuchak, Bangkok mengalami kerosakan selepas terlibat dalam satu kebakaran besar awal pagi tadi.
#AWANI745
#AWANI745
Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis
Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus beri impak positif berikutan permintaan luar semakin baik
Aktiviti pembuatan Malaysia dijangka terus memberikan impak positif berikutan permintaan luar yang semakin baik, sejajar dengan situasi global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) Research.
Dasar tidak campur tangan: ASEAN perlukan pendekatan tegas terhadap krisis serantau - Pakar
"Krisis di Myanmar bukan lagi isu domestik, ia adalah masalah serantau. ASEAN mesti mengambil pendekatan yang lebih tegas."
Lagi jemaah haji meninggal dunia, kini 5 orang
Berbaki 4 hari sebelum wukuf pada Sabtu ini, seorang lagi jemaah haji Malaysia, iaitu jemaah wanita berusia 37 tahun meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan kini lima orang kesemuanya mereka yang menghembuskan nafas terakhir semasa musim haji 1445H/2024M.
#AWANI745
#AWANI745
Polis nafi pihak berkuasa bakar rumah setinggan di Inanam
Polis menafikan dakwaan dalam video yang tular di media sosial kononnya pihak berkuasa bertindak membakar rumah setinggan bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam di sini hari ini.
Pengosongan 273 rumah tanpa izin di perairan Semporna berdasarkan faktor keselamatan
Sebanyak 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di perairan Taman Marin Tun Sakaran di Semporna diberikan notis arahan pengosongan yang diedarkan dari 2 hingga 4 Mei lepas.
Identiti 'isteri' terbongkar, pasangan lelaki kantoi kahwin sejenis
Di bawah kes itu, Jurnal dikatakan menyamar sebagai pengantin wanita untuk mengelirukan orang ramai.
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
Akaun Instagram ibu Zayn Rayyan 'lesap'
Akaun media sosial milik ibu kepada Zayn iaitu Ismanira Abdul Manaf, menjadi tumpuan netizen bagi melihat hantaran terkini.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Fahmi jumpa pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan
Pertemuan dibuat susulan tindakan Meta Platforms menurunkan hantaran berita media Malaysia mengenai pertemuan Anwar dengan Ismail Haniyah.