[LAPOR LANGSUNG] Serangan balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI | Astro Awani
UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Serangan balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI

Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.

Astro Awani
Rakyat diminta memberi sepenuh kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan. - Gambar hiasan

Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut

Sun May 19 2024

Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Proses bedah siasat sudah selesai tetapi proses pengebumian suspek masih tidak dapat dilakukan walaupun kuburnya di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram, Batu 19, Kampung Sungai Tiram di sini sudah sedia sejak Sabtu.

BERITA PENUH DI SINI

Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI

Sun May 19 2024

Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana spekulasi seperti itu akan menakutkan pelabur dan pelancong yang ada di negeri ini.

BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan Johor kutuk keganasan, ekstremisme

Sun May 19 2024

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kejadian pada awal pagi Jumaat, yang menggemparkan negara itu telah mengorbankan dua anggota polis sementara seorang lagi anggota polis cedera.

BERITA PENUH DI SINI

Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa

Sat May 18 2024

Ketenangan jiwa seorang ayah bagai direntap ketika jenazah anaknya, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar tiba di kediaman mereka di Kampung Poh, Bidor, dekat sini, pada Sabtu.

Azhar Khaiden, 54, berkata, ia berbeza apabila dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.

BERITA PENUH DI SINI.

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN

Sat May 18 2024

Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kenyataan awal yang mengaitkan suspek sebagai ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) adalah susulan bapa lelaki itu ada pengalaman dengan kumpulan pengganas tersebut.


BERITA PENUH DI SINI

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan

Sat May 18 2024

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.

Terdahulu, van yang membawa jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada 6.35 petang untuk dikebumikan dengan upacara Pengebumian Keperwiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


BERITA PENUH DI SINI

Perak sumbang RM5,000 kepada keluarga Ahmad Azza Fahmi

Sat May 18 2024

Kerajaan negeri Perak akan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor, awal pagi Jumaat.

'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'

Sat May 18 2024

Meskipun reda, namun tangisan syahdu dan linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.

Suasana pilu turut dirasai sanak saudara dan kenalan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang di sini bagi mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham ke negeri abadi.


BERITA PENUH DI SINI

Polis nafi rakyat Singapura ditahan

Sat May 18 2024

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tujuh individu yang ditahan reman tujuh hari sehingga 24 Mei merupakan warga tempatan.


BERITA PENUH DI SINI

'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah

Sat May 18 2024

Sahabat kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar tidak menyangka kata-kata terakhir arwah "tunggu aku balik" ketika panggilan video baru-baru ini menjadi petanda yang mereka akan menyambut kepulangan jenazah anggota polis itu.

Mohammad Fakhrul Syakirin,19, berkata Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, 22, yang mesra disapa Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman di sini.


BERITA PENUH DI SINI

Saifuddin lawat lokasi kejadian

Sat May 18 2024

Jenazah Muhammad Syafiq selamat dikebumikan

Sat May 18 2024

Jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Pahang sebentar tadi.

Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem

Sat May 18 2024

Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat

Sat May 18 2024

Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam.

Di SELANGOR, Ketua Polis Datuk Hussein Omar Khan berkata pegawai dan anggota di lapangan juga kini berada pada tahap kewaspadaan tinggi terutama mereka yang bekerja pada syif luar waktu pejabat.


BERITA PENUH DI SINI

Saifuddin lawat anggota cedera

Sat May 18 2024

Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun

Sat May 18 2024

'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang

Sat May 18 2024

Walaupun sedih kehilangan adik kandung yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam, ia sama sekali tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahmad Azza Fitri, 24, yang bertugas di Balai Polis Pulau Gaya, Sabah, sebaliknya berkata dia kini semakin bersemangat untuk menabur bakti mempertahankan keselamatan negara serta melindungi masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman.


BERITA PENUH DI SINI

Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis

Sat May 18 2024

Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan

Sat May 18 2024

Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang di sini menjadi tumpuan orang ramai termasuk kenalan serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hadir menyantuni keluarga Allahyarham.

Pekarangan kediaman Muhamad Syafiq mula menjadi tumpuan sejak awal pagi tadi berikutan jenazah Allahyarham dari Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dijangka dibawa pulang ke rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8 Gambang petang ini.


BERITA PENUH DI SINI

PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas

Sat May 18 2024

46 individu selesai diambil keterangan

Sat May 18 2024

Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua individu terbabit telah dibenarkan pulang selepas keterangan mereka diambil.


BERITA PENUH DI SINI

Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban

Sat May 18 2024

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang meninggal dunia dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Sabtu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani.


BERITA PENUH DI SINI

Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas

Sat May 18 2024

Jenazah anggota polis selesai disolatkan

Sat May 18 2024

Tujuh suspek direman seminggu

Sat May 18 2024

Beri kepercayaan polis buat siasatan - Menteri agama

Sat May 18 2024

Semua pihak diminta bertenang dan memberikan kepercayaan kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan terperinci berhubung kes serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang mengorbankan dua anggotanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian itu perlu dibawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak.


BERITA PENUH DI SINI

500 anggota, pegawai polis sertai solat jenazah

Sat May 18 2024

Hampir 500 anggota dan pegawai polis menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat.

Solat jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu.


BERITA PENUH DI SINI

'Ancaman masih terkawal' - Saifuddin

Sat May 18 2024

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan ancaman di negara ini susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih terkawal.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai pangkalan data mencukupi dalam membantu menguruskan kes seperti insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

BERITA PENUH DI SINI

Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin

Sat May 18 2024

Tujuh individu direman di IPD Seri Alam

Sat May 18 2024

7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari

Sat May 18 2024

Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Jumaat depan (24 Mei).

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, hari ini.

BERITA PENUH DI SINI

Jenazah dua anggota dituntut keluarga

Sat May 18 2024

Jenazah dua anggota polis yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi semalam dibawa keluar meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Kedua-dua van jenazah yang membawa jasad anggota terbabit dilihat meninggalkan pekarangan jabatan berkenaan pada pukul 9.15 pagi.

BERITA PENUH DI SINI

Sidang media KDN berhubung serangan balai polis

Sat May 18 2024

Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin

Sat May 18 2024

Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, di sini, pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, hasil dapatan itu diperoleh selepas pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai menemubual sejumlah 46 individu yang dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk lima ahli keluarga penyerang yang kini berada dalam tahanan polis.

BERITA PENUH DI SINI

Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian

Sat May 18 2024

Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan

Sat May 18 2024

Tujuh individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Sat May 18 2024

Tujuh individu yang ditahan semalam kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berumur lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek awal pagi semalam.

BERITA PENUH DI SINI

Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang

Fri May 17 2024

"Dia membanggakan keluarga, kami reda dengan pemergiannya," itu luahan abang kepada Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi Jumaat.

Abdul Salam Ahmad Said, 33, yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail, di sini berkata, adiknya itu memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.

BERITA PENUH DI SINI

Siasat lanjut, jika benar ia didalangi JI

Fri May 17 2024

Pihak berkuasa dalam negara perlu menyiasat secara terperinci mengenai insiden yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada pagi Khamis, sama ada ia betul-betul didalangi oleh Jemaah Islamiah (JI) atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Editor Jenayah, Syahril Kadir berpandangan, jika insiden tersebut dirancang oleh kumpulan pengganas terbabit, ia kemungkinan menunjukkan gerakan JI dalam negara ini belum lagi berakhir.


BERITA PENUH DI SINI

Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara

Fri May 17 2024

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lebih 20 ahli JI dipercayai berada di Johor pada ketika ini, dan dijangkakan angka itu mungkin bertambah jika ahli di kawasan lain dikenal pasti.


BERITA PENUH DI SINI

Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis

Fri May 17 2024

Bapa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi, Azhar Khaiden, tidak akan menghalang anaknya yang lain untuk menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) meskipun seorang daripada mereka telah terkorban ketika bertugas.

Azhar, 54, guru di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah, Sungkai, Perak berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.


BERITA PENUH DI SINI

JI masih ada saki baki di Asia Tenggara

Fri May 17 2024

Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor hari ini yang mengorbankan dua anggota polis jelas menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) masih lagi mempunyai akar umbi, kata Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Professor Datuk Muhammad Nur Manuty.

Menurut beliau, insiden tersebut juga harus dijadikan sebagai pengajaran bahawa radikalisme yang membawa penggunaan senjata adalah sebahagian daripada ideologi Khawarij.


BERITA PENUH DI SINI

Tujuh individu akan direman esok

Fri May 17 2024

Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi mendapatkan perintah reman.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor CP M Kumar.


BERITA PENUH DI SINI

[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Fri May 17 2024

Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar

Fri May 17 2024

Modus operandi serangan ahli kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) di Balai Polis Ulu Tiram, Johor hari ini yang mengorbankan dua anggota polis berkemungkinan melibatkan dua motif.

Berdasarkan analisis awal, Pakar Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berpandangan motif pertama adalah kumpulan pengganas terbabit menganggap polis sebagai 'musuh' dan 'layak dibunuh'.


BERITA PENUH DI SINI

Jenazah Ami dikebumi esok

Fri May 17 2024

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor tengah hari esok.

Saya ingat orang buat cerita - Bapa

Fri May 17 2024

Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai kematian anaknya Konstabel Muhamad Syafiq dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor itu hanyalah cerita rekaan.

Namun, setelah mendapat panggilan telefon daripada polis memaklumkan mengenai perkara itu sekitar 8 pagi, dia yang ketika itu berada di kebun tidak menyangka kejadian itu benar-benar menimpa anak ketujuh daripada lapan beradik itu.


BERITA PENUH DI SINI

'Hasrat Ami tidak kesampaian'

Fri May 17 2024

Hasrat Ami bawa keluarga bercuti tidak kesampaian - Kakak

Fri May 17 2024

Hasrat Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar untuk membawa keluarga bercuti dan pulang ke kampung halaman bapanya di Kelantan tidak kesampaian selepas maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Lebih menyedihkan, percutian bersama ibu bapa dan tujuh adik-beradiknya itu dirancang Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, 22, yang mesra disapa Ami, bagi "menebus" masa bersama keluarga yang tidak dapat dipenuhi pada Aidilfitri baru-baru ini kerana tuntutan tugas.


BERITA PENUH DI SINI

Penduduk terkejut, bimbang

Fri May 17 2024

Penduduk Kampung Sungai Tiram dekat sini terkejut dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat yang mengorbankan dua anggota polis mati ditembak.

Penduduk kampung itu, Afiq Ibrahim, 19, bimbang dengan kejadian terbabit yang pertama kali berlaku dan mahu kawalan keselamatan dipertingkatkan.


BERITA PENUH DI SINI

KDN rakam takziah, bakal keluar kenyataan selepas siasatan lengkap

Fri May 17 2024

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN bakal mengeluarkan kenyataan selepas memperoleh segala maklumat lengkap berhubung kejadian tersebut.

KPN bertemu ahli keluarga mangsa

Fri May 17 2024

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hadir bertemu ahli keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini.

Semasa lawatannya ke HSI, Razarudin mengucapkan takziah kepada keluarga di atas kejadian yang menimpa anggota polis terlibat.

PM ucap takziah, gesa PDRM cari dalang kejadian

Fri May 17 2024

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Fri May 17 2024

Suasana hiba di Jabatan Forensik HSI

Fri May 17 2024

Suasana hiba dapat dilihat apabila ahli keluarga dan kenalan mangsa mula berkumpul di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI). 

Tujuh suspek direman Sabtu - Polis

Fri May 17 2024

Kesemua tujuh suspek berusia di antara 19 dan 62 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi esok.

Keadaan stabil, KPN lawat Mohd Hasif

Fri May 17 2024

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa melawat seorang anggota polis yang menjadi mangsa serangan di balai polis Ulu Tiram, dekat sini pada Jumaat.

Razarudin mengadakan lawatan kebajikan bagi melihat sendiri keadaan mangsa yang kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).


BERITA PENUH DI SINI

Kenyataan media Dewan Pemuda Pas

Fri May 17 2024

Rafizi ucap takziah

Fri May 17 2024

Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM

Fri May 17 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.

Mengulas serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi ini, Anwar berkata beliau menyokong segala usaha dilakukan oleh polis dan meminta rakyat memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.


BERITA PENUH DI SINI

Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan

Fri May 17 2024

KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa

Fri May 17 2024

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi tadi.

Turut merakamkan ucapan sama Timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).


BERITA PENUH DI SINI

Hapuskan terus Jemaah Islamiyah

Fri May 17 2024

KPN lawat anggota cedera

Fri May 17 2024

ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM

Fri May 17 2024

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan susulan serangan yang berlaku ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor pagi tadi.

Menurut Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, ABIM juga mengharapkan tidak ada sebarang spekulasi dicipta dan disebarkan sebagai khabar angin.


BERITA PENUH DI SINI

KPN adakan lawatan kebajikan anggota cedera

Fri May 17 2024

Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi

Fri May 17 2024

Ucapan takziah daripada Pemangku Sultan Johor

Fri May 17 2024

Jemaah Islamiyah masih berakar umbi?

Fri May 17 2024

Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN

Fri May 17 2024

Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.


BERITA PENUH DI SINI

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram

Fri May 17 2024

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Menerusi ciapan di laman Instagram @officialsultanibrahim, Baginda turut memfidyahkan Al-Fatihah kepada wira negara yang terkorban dalam tragedi itu.


BERITA PENUH DI SINI

Dua polis maut, seorang cedera ditembak, ditetak

Fri May 17 2024

Ucapan takziah daripada Majlis Keselamatan Negara

Fri May 17 2024

View this post on Instagram

A post shared by MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@mkn_rasmi)

Kenyataan media Ahli Parlimen Tebrau

Fri May 17 2024

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa

Fri May 17 2024

Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan

Fri May 17 2024

Proses bedah siasat membabitkan mayat dua anggota polis dan seorang suspek yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi sedang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Ketiga-tiga mayat berkenaan tiba di hospital berkenaan kira-kira 9 pagi.


BERITA PENUH DI SINI

Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara

Fri May 17 2024

JEMAAH Islamiyah (JI) adalah sebuah organisasi pelampau yang ditubuhkan pada awal 1990-an untuk membentuk 'negara Islam' meliputi selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan selatan Filipina.

Organisasi yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda ini diasaskan pada 1993 oleh Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar, yang berasal dari Indonesia.


BERITA PENUH DI SINI

Lima anggota keluarga suspek ditahan

Fri May 17 2024

Ucapan takziah daripada PDRM

Fri May 17 2024

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ahli JI, tujuh individu ditahan - KPN

Fri May 17 2024

Polis mengesahkan lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi, merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, suspek yang berusia 34 tahun itu sememangnya membuat persediaan untuk melakukan serangan yang mengorbankan dua anggota polis itu.


BERITA PENUH DI SINI

Tidak logik buat laporan 2 pagi - IGP

Fri May 17 2024

Polis sahkan suspek ahli Jemaah Islamiyah

Fri May 17 2024

Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram

Fri May 17 2024

Sidang media KPN

Fri May 17 2024

Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram

Fri May 17 2024

Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.