Ayat Jawi Pada Tudung Boleh Pakai Ke?
Nur

Hukum Pakai Tudung Ada Tulisan Jawi, Boleh Bawa Masuk Tandas Ke?

8
SHARES
AYAT JAWI

Setiap hari ada sahaja rekaan dan corak tudung baharu yang dijual di pasaran dengan harga berpatutan. Ini termasuk ayat jawi yang ditulis pada tudung seperti satu jenama di TikTok.

Rekaan tudung tersebut sudah tentunya digemari ramai kerana lawa. Namun, adakah ayat jawi tersebut boleh ditulis di atas tudung dan apa hukumnya jika masuk ke tandas?

Baca juga: Jangan Tinggal 7 Sayur Kegemaran Rasulullah SAW Ini, Boleh Cegah Penyakit!

AYAT JAWI PADA TUDUNG BOLEH PAKAI KE?

AYAT JAWI

Penggunaan tulisan jawi biasanya digunakan untuk perhiasan dan hadiah. Hal ini sama seperti tulisan jawi berbentuk nama yang dibuat di atas sejadah dan bertujuan untuk memberi hadiah.

Menurut Maktabah Al-Bakri, sekiranya tulisan jawi itu sekadar tulisan nama bagi tujuan hadiah, maka hukumnya dibolehkan.

Namun, sekiranya di sejadah tersebut mempunyai ayat al-Quran, maka kami berpandangan hukumnya tidak boleh kerana dikhuatiri akan terpijak dan ada penghinaan.

Hal ini sama juga seperti tudung ayat jawi yang dijual sekarang. Jika ia hanya jenama dan ditulis dalam tulisan jawi, maka tidak menjadi sebarang masalah untuk pakai dan masuk ke tandas.

Hal ini berbeza jika pakaian atau tudung ditulis dengan ayat suci al-Quran, maka ia tidak digalakkan untuk memakainya dan bawa masuk ke tempat bernajis.

Jadi, berhati-hati semasa memilih barangan. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Isteri Minta Cerai Sebab Tak Bahagia Dan Tawar Hati Dengan Suami

Sumber: Maktabah Al-Bakri & Hafiz Firdaus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×