MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DEDAH NAMA PENUH ANAK PEREMPUAN, 'HAWRA UQAIRA'

18 May 2024

KAMAL ADLI & UQASHA SENROSE DEDAH NAMA PENUH ANAK PEREMPUAN, 'HAWRA UQAIRA'



Selepas lebih kurang tiga minggu dilahirkan, pasangan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah berkongsi nama penuh anak perempuan sulung mereka iaitu 'Hawra Uqaira'.
Pendedahan eksklusif berkenaan dibuat pasangan terb@bit menerusi program 'Oh Baby Kamal & Uqasha', pada hari ini.

Jelas Kamal, nama Hawra dipilih kerana membawa erti yang suci seperti cantik, putih dan bersih, manakala bagi Uqasha pula, dia memilih Uqaira.

"Nama Hawra itu saya yang pilih, Uqasha ambil Uqaira... kita ambil seorang satu. Adil la, tak payah berebut. Hawra maksudnya putih, bersih, cantik," katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata, nama Uqaira membawa maksud kebahagian, rezeki tanpa kepayahan, selain ada makna harum dan wangi juga.

"Uqaira maksudnya kebahagian, rezeki tanpa kepayahan, harum dan wangi," tutur Uqasha secara ringkas.

Dalam pada itu, ujar Kamal, semua orang kini memanggil anak mereka, Uqaira memandangkan sudah diumumkan terlebih dahulu kepada keluarga.

Selain itu, Kamal yang mendirikan rumah tangga bersama Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, memberitahu, dia dan isterinya itu tidak mahu meletakkan nama anak terlalu panjang.

"Ini yang mana, nama Uqaira sudah diumumkan terlebih dahulu. Maka, habis semua panggil Uqaira, dah tertinggal Hawra.

"Nama tak boleh panjang-panjang sangat. Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia," kata Kamal lagi.

Menerusi program itu, turut dikongsikan detik Kamal menemani Uqasha di wad bersalin sebelum melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Paling teruja, detik menyaksikan Kamal melaungkan azan di telinga kanan anaknya, sebelum memberikan semula bayi comel itu kepada Uqasha.

Terdahulu, Uqasha pernah mendedahkan dia mengal@mi keguguran sebanyak dua kali, dimana keguguran pertamanya ketika dia mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan yang kedua pula pada November 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: