MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: REZEKI SEMAKIN MENCURAH-CURAH - BELLA ASTILLAH LUAH RASA SYUKUR DAPAT HADIAH SKUTER ELEKTRIK

16 May 2024

REZEKI SEMAKIN MENCURAH-CURAH - BELLA ASTILLAH LUAH RASA SYUKUR DAPAT HADIAH SKUTER ELEKTRIK



Nampaknya rezeki pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini semakin mencurah-curah apabila kali ini dia menerima k£jutan bakal mendapat hadiah sebuah skuter elektrik pada hujung bulan ini.
Pengumuman tersebut dibuat oleh peneraju GGR Motor, Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi yang berhasrat untuk melantik Bella sebagai duta mereka.

"Saya nak beritahu GGR Motor akan hadiahkan sebuah motor skuter EV (electric vehicle) kepada Bella. Insya-Allah kami juga nak ambil Bella sebagai duta perempuan," katanya.

Sementara itu, Bella meluahkan rasa syukur serta teruja dengan pemberikan motosikal berkenaan kerana dia sudah lama bercadang untuk membeli sebuah motosikal bagi kegunaan harian untuk menghantar anaknya ke sekolah.

"Alhamdulillah rezeki, saya anggap semua ini hadiah. Memang dah lama rancang nak beli tetapi asyik tert@ngguh rupanya ada rezeki yang datang.

"Rezeki anak-anak juga untuk Ayden dan Ara. Lepas ini, saya akan kongsi pengalaman hantar Ayden naik motor pergi sekolah. Dia mesti gembira," tuturnya yang ketika ini berd£pan kem£lut rumah tangga bersama suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: