BERNAMA - 987 BAYI DIDIAGNOSIS MASALAH PENDENGARAN PADA 2023 - DZULKEFLY
 AM > BERITA

987 BAYI DIDIAGNOSIS MASALAH PENDENGARAN PADA 2023 - DZULKEFLY

18/05/2024 06:12 PM

CYBERJAYA, 18 Mei (Bernama) -- Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata‬‭ Kementerian Kesihatan (KKM)‬‭ memandang‬‭ tinggi‬‭ kepentingan‬ pengesanan‬‭ awal‬‭ masalah‬‭ pendengaran dan program UNHS iaitu saringan pendengaran‬‭ bayi‬‭ baru‬‭ lahir‬‭ merupakan petunjuk prestasi utama (KPI)‬‭ 100‬‭ hari‬‭ Menteri‬‭ Kesihatan‬‭ sejak‬‭ ‬‭2023.‬

“‭Alhamdulillah,‬‭ berkat‬‭ kesungguhan‬‭ dan‬‭ kerjasama‬‭ semua‬‭ pihak. Bermula‬‭ 13‬‭ Dis 2023‬‭ hingga‬‭ 21‬‭ Mac‬‭ 2024 pula, sebanyak 68‬‭,823‬‬ bayi‬‭ baru‬‭ lahir iaitu‬‭ 138 peratus daripada‬‭ sasaran‬‭ KPI‬‭ yang‬‭ ditetapkan telah‬ berjaya disaring pendengaran mereka sebelum mencapai umur 29 hari," katanya.

Dzulkefly berkata ‬‭menerusi Belanjawan‬‭ 2024,‬‭ sebanyak‬‭ RM130‬‭ juta‬‭ telah‬‭ diperuntukkan‬‭ untuk memperhebat‬‭ aktiviti‬‭ pencegahan‬‭ penyakit‬‭ bagi memastikan‭ kesejahteraan‬‭ keluarga‬‭ Malaysia‬‭ MADANI‬‭ supaya‬‭ kekal‬‭ afiat.‬‭ 

“Peruntukan‬ ini‬‭ turut‬‭ melibatkan‬‭ program‬‭ saringan‬‭ pendengaran‬‭ bayi baru‬‭ lahir‬ ‭yang‬‭ akan‬‭ digunakan‬‭ ke‬‭ arah‬‭ meningkatkan‬‭ liputan‬‭ saringan‬‭ bayi‬‭ bagi‬ membolehkan‬‭ bayi‬‭ dan‬‭ kanak-kanak‬‭ bermasalah‬‭ pendengaran dapat‬‭ mencapai‬‭ potensi‬‭ diri‬‭ yang‬‭ maksimum‬,‬‭ seterusnya menyumbang semula ke arah pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata KKM‬‭ selaku‬‭ Urusetia‬‭ Tabung‬‭ Bantuan‬‭ Perubatan‬‭ akan‬‭ mempertimbangkan‬‭ permohonan‬‭ rakyat‬‭ Malaysia‬ termasuk‬‭ pesara‬‭ kerajaan‬‭ atau‬‭ ahli keluarga‬‭ penjawat awam‬‭ ‬‭untuk‬‭ perolehan‬‭ peralatan‬‭ pendengaran‬‭ atau‬‭ pembedahan‬‭ implan‬ koklea‬‭.

Katanya, bilangan‬‭ pemasangan‬‭ implan koklea‬‭ yang‬‭ telah‬ dilaksanakan‬‭ di‬‭ bawah‬‭ Program‬‭ Implan‬‭ Koklea‬‭ KKM‬‭ sepanjang‬ ‬‭ 2019‬‭ hingga‬‬‭ 2023‬‭ melibatkan‬‭ sejumlah‬‭ 272‬‭ unit‬‭ yang‬ telah‬‭ menelan‬‭ belanja‬‭ kira-kira RM21‬‭ juta‬‭.‬‭ 

“Usaha ini memberi peluang kepada‬‭ anak-anak‬‭ yang‬‭ mempunyai‬‭ masalah‬‭ pendengaran‬‭ untuk‬ ‭mendengar‬‭ dengan‬‭ lebih‬‭ baik‬‭ dan‬‭ seterusnya‬‭ memperkasakan‭ golongan ini terutama dalam pembelajaran,” katanya.

Semua pihak juga kata Dzulkefly, perlu meruntuhkan‬‭ stereotaip‬‭ dan‬‭ stigma‬‭ yang‬ ‭melanda‬‭ masyarakat‬‭ terhadap‬‭ individu‬‭ yang‬‭ menggunakan‬‭ alat‬‭ bantu‭ dengar.‬

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial