CARA DAFTAR AKAUN 3 FLEKSIBEL KWSP 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG | KERAJAAN ONLINE

CARA DAFTAR AKAUN 3 FLEKSIBEL KWSP 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG

CARA DAFTAR AKAUN 3 FLEKSIBEL KWSP 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG

Penstrukturan semula akaun KWSP adalah untuk menambah baik keselamatan pendapatan persaraan sekaligus untuk memenuhi keperluan jangka pendek pada bila-bila masa ahli yang memerlukan untuk pengeluaran wang simpanan KWSP melalui akaun 3 Fleksibel.

Bagaimanakah cara daftar akaun 3 fleksibel kwsp? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU AKAUN 3 FLEKSIBEL KWSP 2024

Akaun 3 Fleksibel KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

BILAKAH TARIKH DAFTAR AKAUN 3 FLEKSIBEL KWSP 2024

KWSP telah mengumumkan bahawa ahli boleh mendaftar atau membuat pindahan wang ke dalam akaun 3 Fleksibel bermula pada 12 Mei 2024 dan perlu menunggu kelulusan untuk pengeluaran wang tunai dalam masa tujuh (7) hari bekerja sahaja.

BERAPAKAH JUMLAH DIBENARKAN UNTUK PENGELUARAN AKAUN 3 FLEKSIBEL KWSP 2024

Setiap ahli pencarum hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran mengikut jumlah yang ditetapkan iaitu dengan jumlah minimum sebanyak RM50 sahaja, manakala jumlah maksimum adalah sebanyak RM250 pada setiap pengeluaran yang diluluskan.

BERAPAKAH PEMBAHAGIAN PERATUSAN AKAUN KWSP 2024

Setiap akaun ahli (caruman) akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut :

  1. Akaun 1 : Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  2. Akaun 2 : Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  3. Akaun 3 : Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

APAKAH SYARAT KELAYAKAN DAFTAR AKAUN 3

Untuk mendaftar atau membuat pindahan ke akaun 3 Fleksibel, ahli perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai umur 55 tahun (bawah);
  • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel (3);
  • Had pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM250.

CARA DAFTAR AKAUN 3 FLEKSIBEL KWSP 2024

Ikuti cara pendaftaran akaun 3 Fleksibel KWSP seperti berikut :

  1. Sila log masuk i-Akaun dalam telefon bimbit anda.
  2. Pada laman utama I-Akaun anda, sila klik pada [Ketahui Lanjut] (Atas Kiri).
  3. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  4. Klik pada butang [Teruskan].
  5. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik [Pindah Sekarang].
  6. Klik [Teruskan].
  7. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  8. Klik [Teruskan] sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  9. Pada bahagian perakuan Ahli sila Klik [Terima].
  10. Klik [Ya] sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  11. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).
  12. Selesai.

*Peringatan penting : Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment