Cara Mohon Guru Ganti Pelbagai Negeri & Lokasi 2024
Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Guru Ganti Pelbagai Negeri & Lokasi

10,104

Pejabat Pendidikan pelbagai negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka tawaran jawatan kosong sebagai Guru Ganti MySTEP buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan bidang kerja yang ditawarkan di pelbagai lokasi.

Guru Ganti MySTEP adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di suatu sekolah untuk mengisi kekosongan sementara guru tetap sedang cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus, atau alasan lain yang dibenarkan.

Inisiatif ini merupakan bagian dari Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di berbagai kementerian, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), dan rakan strategik.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara membuat permohonan Guru Ganti MySTEP di sekolah-sekolah yang ditawarkan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Agensi: Pejabat Pendidikan Pelbagai Negeri
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Guru Ganti)
  • Tempoh Bertugas: Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah

Berikut adalah beberapa informasi lebih lanjut mengenai Guru Ganti MySTEP:

  • Tugas Guru Ganti 2024 MySTEP:
    • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
    • Menyediakan buku persediaan mengajar dan rekod pelajar.
    • Terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum.
    • Melaksanakan tugas dan aktiviti lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.
  • Syarat Asas Permohonan Guru Ganti 2024:
    • Calon harus warganegara Malaysia berusia tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
    • Berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan kosong Guru Ganti 2024 yang hendak dipohon.
  • Kadar Upah:
    • Kadar upah bergantung pada kelayakan akademik:
      • Ijazah Sarjana Muda Setaraf dan ke atas: RM2,100
      • Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM): RM1,900
      • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): RM1,700
      • Tanpa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): RM1,500
  • Kemudahan Yang Diberikan:
    • Cuti rehat 12 hari setahun
    • Cuti sakit 14 hari setahun
    • Perlindungan sosial (caruman KWSP & PERKESO)

CARA MOHON GURU GANTI

Permohonan secara rasmi Guru Ganti hendaklah dikemukakan melalui cara-cara berikut:

Langkah Arahan
1 Pergi ke portal rasmi MYFutureJobs: Pautan Mohon Guru Ganti
2 Untuk pemohon kali pertama, mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
3 Muat naik resume yang lengkap semasa membuat permohonan. Resume harus mencakupi kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan.
4 Jika anda telah mendaftar dan memohon jawatan yang disenaraikan, anda tidak perlu lagi memohon semula sekiranya tempoh permohonan masih sah.
5 Sebelum membuat permohonan, pastikan anda login/register dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
6 Hanya pemohon yang layak sahaja akan dipanggil ke temuduga. Sila lengkapkan dan kemaskini maklumat anda yang telah didaftarkan.
7 Jika permohonan anda tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup, anggaplah permohonan anda tidak berjaya.

Semoga anda ambil peluang ini untuk memohon kekosongan jawatan Guru Ganti yang ditawarkan. Semoga permohonan anda dipertimbangkan dan berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...