JOHOR BAHRU: Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan Sabtu lepas dan perlu menumpukan kepada proses pemulihan, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli.
Menurut Adam, atlet 22 tahun itu terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai kejohanan dunia buat julung kalinya disebabkan patah tulang pelvik, bahu kanan serta belakang badan selepas dirempuh dan diseret kira-kira 600 meter.
Beliau berkata Siti Nurul Masyitah sepatutnya sedang mempersiapkan diri untuk kejohanan berkenaan dan menjalani latihan untuk menyertai kejohanan dunia di Palawan, Filipina, namun akibat kemalangan dia mungkin tidak akan menyertainya serta terlepas beberapa kejohanan lain.
"Apabila berlaku kemalangan sebegini yang mengakibatkan kecederaan serius, dia perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses pemulihan dan kesihatan fizikal serta mentalnya
"Untuk pulih betul-betul, ...saya serahkan pada jurulatih dan rakan-rakan yang lain untuk bincang dengan dia, apa pun pilihan dia kita akan cuba bantu dan sokong sebaik mungkin sesuai dengan jasa dia," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Siti Nurul Masyitah di Hospital Columbia Asia di sini hari ini.
Adam berkata tempoh pemulihan dan penyembuhan atlet tersebut mungkin akan memakan tempoh yang agak lama, selain KBS yakin rawatan yang diberikan sesuai dalam usaha mengembalikan keadaan atlet itu kepada keadaan asal.
Katanya KBS juga bersedia untuk menanggung kos rawatan sekiranya memerlukan kulit import dari luar negara untuk rawatan kecederaan pada bahagian belakang seperti rawatan yang dilakukan ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
"Saya yakin dia seseorang yang kuat, dia juga cukup ceria namun kami tidak bincang berkaitan penyertaannya dalam kejohanan dunia itu sebaliknya memberi semangat kepadanya untuk terus bangkit.
"Malah permintaanya hanya satu, dia ingin menduduki dua lagi kertas peperiksan semester akhir di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan kami berharap ia dipertimbangkan kerana dia boleh membaca, menulis dan berbual serta menggerakkan anggota badannya," katanya.
Sementara itu, ibunya, Saloma Ramli, 58, berkata Siti Nurul Masyitah menunjukkan perkembangan positif dan boleh bertutur dan makan seperti biasa.
"Namun hari ini dia perlu puasa, petang kira-kira pukul 5 dia masuk bilik bedah untuk melihat keadaan sama ada boleh menggunakan kulit bahagian lain untuk tampal bahagian belakang yang cedera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Adam Adli bertemu keluarga Siti Nurul Masyitah di Hospital Columbia Asia di sini hari ini. - Bernama
Penunggang motosikal maut tertimbus tar yang dibawa treler
Kejadian berlaku semasa Hanapiah yang dalam perjalanan dari arah Tanjung Tualang ke Kampar berada kira-kira 10 meter di belakang treler itu.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.62 mata kepada 1,615.15 daripada 1,608.53 semalam.
PM Anwar ragu sistem antarabangsa untuk capai keamanan
Malaysia akan sentiasa komited terhadap pematuhan undang-undang antarabangsa, sambil menolak sikap segelintir negara yang mengabaikan keamanan, kemajuan dan semangat bersatu padu di dunia ini.
Pemilik AI Pin diarah henti guna pengecas kerana risiko terbakar
Humane kini sedang dalam proses mencari vendor baharu untuk mengeluarkan kerangka pengecas yang lebih selamat digunakan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.6940/6970 berbanding dolar US daripada 4.6970/6985 pada Rabu.
Nilai pasaran Nvidia cecah AS$3 trilion
Nilai pasaran Nvidia melonjak ke paras tertinggi, mencecah $3 trilion pada Rabu.
Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu
Serbuan menerusi Ops Tiris 3.0 pada 11 pagi itu dilaksanakan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Besut selepas risikan selama dua minggu.
Ucaptama Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-37
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama sempena Meja Bulat Asia-Pasifik ke-37 di Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.
BUDI MADANI: Lebih 30,000 pemohon terima bantuan tunai RM200 Isnin ini
Kementerian Kewangan berkata, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Siti Nurul Masyitah ditempatkan di ICU - Keluarga
Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, yang cedera parah selepas dilanggar pemandu mabuk, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di sini.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk - Adam Adli
KBS akan memberi bantuan kepada atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias yang parah akibat dilanggar oleh seorang pemandu mabuk di Johor Bahru pada Sabtu.
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Atlet kayak Malaysia cedera dipercayai mangsa pemandu mabuk
Mangsa dilaporkan ditimpa kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) menuju ke Southkey.