“Penat sangat ke jadi cikgu? Bini aku balik rumah punyalah malas masak” - Suami pelik isteri mengadu letih lepas mengajar di sekolah - CariDotMy
View: 9625|Reply: 89

“Penat sangat ke jadi cikgu? Bini aku balik rumah punyalah malas masak” - Suami pelik isteri mengadu letih lepas mengajar di sekolah

[Copy link]
Post time 19-5-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode






Bergelar sebagai seorang pendidik atau guru adalah satu kerjaya yang berat dan memerlukan kekuatan mental yang kuat untuk mendidik puluhan murid setiap hari.


Selain tugas utama untuk mengajar murid-murid, guru juga memikul tanggungjawab lain yang kadangkala berlarutan hingga selepas waktu sekolah.



Di platform X, suami kepada seorang guru membuat luahan rasa tentang kerjaya isterinya itu.


Menurut lelaki berkenaan, dia hairan dengan sikap isterinya yang malas melakukan kerja rumah kerana memberi alasan penat mengajar di sekolah.


"Aku nak tanya geng-geng cikgu, penat sangat ke jadi cikgu? Bini aku balik rumah punyalah malas nak masak, kemas rumah semua.


"Alasan sebab dia penat jaga budak tahun satu dekat sekolah. Tahun satu apa yang susah sangat?" ujar lelaki yang tidak mendedahkan identitinya itu.


Cikgu-cikgu tua elok je balik kemas rumah, masak dan sebagainya. SUAMI


Dalam hantaran sama, dia turut membuat perbandingan umur isterinya dengan guru-guru lebih berusia yang tidak menggunakan alasan sama.


"Umur (isteri) baru 26 tahun. Cikgu-cikgu tua elok je balik kemas rumah, masak dan sebagainya. Bosan asyik dia beli (makanan) je," luah lelaki itu.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar lelaki itu kerana gagal memahami bebanan tugas seorang guru, apatah lagi mereka yang bertugas di sekolah rendah.


"ekerjaan paling penat ialah guru. Aku pernah jadi cikgu dan pernah kerja pejabat. Kerja pejabat lagi mudah.


"Cubalah sehari jadi cikgu, uruskan pula budak darjah satu. Tengok penat ke tak penat.


"Bodoh punya lelaki. Kau bayangkan darjah satu sekelas ada 40 orang. Dia mengajar tiga kelas sehari," ujar netizen.








Dalam pada itu, segelintir netizen turut meninggalkan komen makian dan menyuruhnya melakukan kerja-kerja rumah.


"Dah tu kau buat apa je bodoh. Tolonglah bini kau tu.


"Ingat bini kau tu kuli batak engkau ke? Tahu nak mengadu je. Dah tahu bini tu penat balik kerja tolong la tanak nasi ke apa dulu.


"Aku sebagai lelaki, boleh agak kau ni laki memang tak guna," tulis netizen lagi.


Apa pula pendapat anda?


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
malangnya cikgu tu dapat suami bodoh camni..semoga akak cikgu ceraikan laki tak guna ni suruh dia hidup bujang sampai meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Link twitter takde ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:49 PM | Show all posts
sebelum hambur ke laki tu, dia kena pasang mata2 ke bini dia dulu sahkan pergerakan dalam tempoh sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:54 PM | Show all posts
sebab aku tinggal dgn mak yg dah tua jd aku masak dulu subuh. bahan dah siap ler mlm tu.. lps tu tapau sekali buat bekal ke skolah.
sambil2 bg mkn kucing ku yg ber ekor-ekor tu.
tp ya lah aku tkde nak melayan laki.. jd cepat lah siap nya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti badan bini tu gemok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib org rumah aku sek petang, jdi dia masak sblm gie kerja pastu balik aku masak nasi siap2, tpi hntr anak, jemput anak sekolah semua aku buat, dia balik aku jemput, mandi, makan nasi pastu rehat2
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari bini kerja cikgu utk pikul 100% tugas rumah tangga gituh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia tu mmg pemalas kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mujur la bini beli siap2 makanan, kalau suruh ko yg belikan??? mau cerai berai kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ngko nak wife masak kemas rumah bagai
Elokler dia berenti kerja
Jadi fulltime housewife ajer
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat fizikal n mental...
Especially handle sekolah rendah..
Ada hari penat, so order je le dekat luar..
Ada hari tak penat, boleh le masak sedap2..
Sbgai orang dewasa, cuba cari jln penyelesaian.. Bukan hanya tahu merungut sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hek eleh. Nk bgtau org yg dia dpt kawin cikgu ler tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemalas sebenornya jate ni kan..cuba mu tolong siapkan batang nak dimsk..bini mu balik masak je...tp kalo dia malas jg...itu konkena siasat lebih la
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan bodo spesies lepas makan tinggal pinggan kat meja la ni. Moga kena tinggal ngan bini soon
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ko keje penat sgt ke sampai balik keje tak bleh masak sendiri nk harapkan bini plak masak??? ko keje penat sgt ke sampai tak bleh guna kaki jalan pegi tapau makan kt luar???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan ni sskjp ka?
Spesis gini mmg ekspek bini kuar carik duit, urus ank, rumahtgga a-z cukop lengkap & dia pandai komplen ja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:30 PM | Show all posts
Kalau bini ko penat, ko pon tolong lah bengap punye laki

Ape ko ingt binik ko bibik?? Sesame keje kott. Kalau tak suh la binik ko resign pastu jadik fulltime housewife je senang
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan pemalas. Dah tau bini penat bekerja, tolong2lah kat rumah tu.


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:32 PM | Show all posts
jantan mcm gini
dia kasi bini kerja
dia cari bini yang bekerja
sbb nak bantu financial dia
tapi dalam masa yang sama
bini dia kena juga bertugas as surirumah
mmg kesian kalau salah pilih laki
mujur ai mmg straight ckp
penat ai tak masak
pandai lah hubby cari ape2 utk anak bini makan
dah mmg tugas laki kan
mujur hubby sis ok bab2 gini
tapi mgkn juga ok
sbb dari awal dah praktik
ada je yang bini2
awal2 kawin dah biasa rajakan laki
bila dah tak mampu buatt
makan hati bila laki takleh nak adapt dah
benda dah biasa sonang kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.064396 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list