MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "TIDAK SAMA SEKALI!" - AIDIL AZIZ NAFI IKUT TELUNJUK ISTERI

18 May 2024

"TIDAK SAMA SEKALI!" - AIDIL AZIZ NAFI IKUT TELUNJUK ISTERI



"Tidak sama sekali! Fasha tahu posisinya sebagai isteri dan ibu, jadi bagaimana dia hendak menjalankan tanggungajawabnya.
"Saya rasa itu tidak seharusnya terjadi untuk kita mengikut telunjuk isteri. Kita sebagai ketua keluarga, kita perlu menjadi contoh dan jadi nakh0da dalam bahtera perkahwinan.

"Malah, kita juga seharusnya menjadi contoh sekiranya berd£pan dengan mana-mana situasi. Jadi, tidak timbul isu sama sekali untuk saya mengikut telunjuk isteri.

"Dan secara peribadi, saya rasa perkara itu (dakwaan ikut telunjuk isteri) tidak betul sama sekali," jelas pelakon Aidil Aziz yang menafikan dirinya mengikut telunjuk isteri, sebaliknya men£gaskan Fasha Sandha tahu posisi sebagai isteri.

Kata Aidil lagi, dia juga mengenali baik sikap isterinya yang juga seorang pelakon, dimana dia menjalankan tanggungjawab di rumah sebelum keluar bekerja.

"Fasha bukan orang yang begitu (kawal suami), dia tahu posisinya sebagai isteri dan menghormati saya sebagai suami. Bagaimana cara kita hormati ibu bapa kita, begitu juga isteri menghormati suami.

"Malah, sebelum Fasha sibuk bekerja di lokasi penggambaran, dia akan menguruskan makan minum kami sekeluarga terlebih dahulu. Apa pun, dia tahu tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu," ujarnya.

Sebelum ini, Aidil pernah juga didakwa menump@ng populariti isterinya yang cukup terkenal, sekali gus mempunyai peminat yang ramai.

Untuk makluman, Aidil bernikah dengan Fasha pada 2019 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira.

Selain Aisha, Fasha juga mempunyai dua cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertamanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: