Projek penanaman padi moden 1,000 ekar jana ekonomi Kampung Taiwan - Sabah GazetteSabah Gazette

Projek penanaman padi moden 1,000 ekar jana ekonomi Kampung Taiwan

dr-jefrey-borneo-grain.jpg

(Kredit foto: Jeffrey G. Kitingan Page)

Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Projek penanaman padi Borneo Grains di Kampung Taiwan di sini bakal menyaksikan penggunaan kepakaran, kemahiran dan teknologi moden yang mampu menjana ekonomi penduduk setempat.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata, projek penanaman padi itu melibatkan kawasan seluas sekitar 1000 ekar.

“Ia dilaksanakan secara usahama dengan orang kampung berdasarkan nisbah 50:50 dalam pembahagian hasil bersih,” katanya.

Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Satu berkata demikian dalam hantaran di Facebook berikutan lawatannya ke kawasan projak berkenaan kelmarin.

Beliau berkata Borneo Grains membawa kepakaran, kemahiran dan teknologi moden seperti “drone” dan mesin-mesin terkini untuk mengusahakan penanaman padi itu.

Selain itu katanya masyarakat tani di kawasan itu juga akan diberi latihan penanaman ala Sekinchan.

“Kita berharap selepas penanaman padi nanti, kita akan sekali lagi akan datang bersama untuk melihat hasil Borneo Grains,” katanya.

Menurut beliau, Jabatan Pertanian berperanan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada Borneo Grains dan penduduk yang terlibat, serta akan memberi infodata yang secukupnya supaya program itu dapat berjalan dengan lancar.

Tambahnya lagi program itu akan dimulakan dalam masa terdekat kerana pengairan, pelbagai mesin, peralatan tani moden, dan tapak penanam telah pun disediakan untuk pelaksanaan.

Dalam pada itu Kitingan juga meluluskan permohonan JKKK Kampung Taiwan berjumlah RM50,000 untuk penambahbaikan dewan dan pembelian pelbagai peralatan tani untuk masyarakat tani di kampung berkenaan.

Turut hadir ialah Datin Seri Cecilia E. Kitingan; Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Jifrin Hj. Mohammad; Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Jackson R. Jaimi; Pegawai Pertanian Daerah Kota Marudu, Lorik Akau; Pengerusi Sabah Aviation yang juga Naib Presiden STAR Sabah, Datuk Kenny Chua; dan Pengarah Yayasan Bumiputera Sabah, Dato’ Seri Dr. Adalbert Kinson.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top