Coki mengaku bercampur lelaki, perempuan satu rumah tapi peserta profesional tahu batas... Bilik ada penghadang, siap dikawal CCTV - Hiburan | mStar
suria

Coki mengaku bercampur lelaki, perempuan satu rumah tapi peserta profesional tahu batas... Bilik ada penghadang, siap dikawal CCTV

Coki tidak menidakkan kecaman netizen terhadap program Hero Teladan.

SALAH seorang peserta program Hero Teladan iaitu Coki mengakui wujudnya pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam satu rumah seperti yang heboh diperkatakan netizen di media sosial.

Coki atau Muhammad Danish Daniel, 19, bagaimanapun menjelaskan semua peserta program berkenaan tahu menjaga batas pergaulan mereka.

Selain diasingkan tempat tidur dengan dinding penghadang, peserta juga dikawal sepenuhnya dengan kamera litar tertutup (CCTV).

Copy of Untitled - 2024-05-20T155003.193

Coki merupakan antara salah seorang peserta program Hero Teladan.

"Bila ada komen netizen yang cakap perempuan dengan lelaki berada dalam satu rumah, ya saya tahu ia salah dan saya akui kami tidak boleh bercampur dalam satu rumah.

"Program ini adalah satu program yang profesional. Tempat tidur lelaki dan perempuan diletakkan satu dinding penghalang.

"Jadi kami di bahagian lelaki memang tak boleh nampak keadaan tempat tidur peserta perempuan," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, program Hero Teladan yang dianjurkan oleh personaliti media sosial Isa Isarb menerima kecaman ramai selepas didakwa menempatkan peserta berlainan jantina dalam satu rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peluk wanita dalam kereta, Coki menggigil minta maaf... “Angle kamera nampak lain”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia maki hamun dan pukul kepala saya” - Coki dakwa pernah jadi mangsa wanita rambut pink, saksi budak 4 tahun didera

Susulan itu, Isa mengambil pendekatan menghentikan program tersebut yang dijadualkan berbaki tiga minggu sahaja lagi.

Tambah Coki, mustahil untuk terjadi perkara yang tidak diingini memandangkan mereka sentiasa diperhatikan menerusi kamera yang diletakkan di seluruh kawasan rumah.

"Kami sentiasa diperhatikan 24 jam, program ini ada tiga shift, jadi tak akan ada satu minit pun yang mereka akan terlepas pandang.

"Dari segi privasi dan keselamatan peserta perempuan memang terjaga," katanya.

Program ini adalah satu program yang profesional.

COKI

PESERTA/ PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Dalam pada itu, Coki mewakili peserta yang lain turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menghabiskan program berkenaan seperti yang dijadualkan.

Malah, dia berasa terkilan kerana masa yang dihabiskan demi program tersebut dirasakan terbuang sia-sia.

"Kami peserta semua rasa sangat sedih sebab kami dah berjuang sudah sebulan lebih. Kalau ikut perkiraan saya lagi tiga minggu sahaja program ini akan tamat.

"Bagi saya memang membuang masa sebab kami semua dah berjuang duduk dalam rumah hero teladan itu tanpa gajet atau apa-apa alat telekomunikasi dari minggu pertama," katanya.

Copy of Untitled - 2024-05-20T153631.219

Coki mengakui kecewa kerana program tersebut terpaksa dihentikan.

Mengulas berkenaan kerugian yang dihadapi pihak Isa Isarb, Coki memuji sikap tanggungjawab yang ditunjukkan oleh YouTuber berkenaan kerana tetap memberikan imbuhan kepada peserta.

"Walaupun pihak Isa menanggung kerugian, tetapi mereka ada sikap bertanggungjawab dengan memberikan elaun kepada semua peserta," ujarnya.

Untuk info, Hero Teladan merupakan sebuah program cabaran yang menempatkan semua peserta dalam sebuah rumah dengan pengawasan kamera selama 24 jam.

Peserta yang berjaya bertahan selama 77 hari akan memenangi wang tunai sebanyak RM40,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain