Datuk Red sah bercerai talak satu dengan isteri pertama selepas Adira
Connect with us

Selebriti

Datuk Red sah bercerai talak satu dengan isteri pertama selepas Adira

Diterbitkan

pada

Datuk Red sah bercerai talak satu

Usahawan Datuk Red sah bercerai talak satu dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.

Datuk Red sah bercerai talak satu

Memetik laporan Astro Gempak!, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu melafazkan talak satu terhadap Sharifah Norshafila, 38, pada jam 10.40 pagi.

Lafaz cerai itu dibacakan oleh Adnan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Berdasarkan dokumen yang dibacakan oleh peguam Adnan iaitu Muhammad Akmal Amzan, Sharifah Norshafila bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya.

“Antara perjanjian yang dilakukan oleh Sharifah Norshafila adalah tidak menuntut nafkah iddah dan mu’tah,”petik laporan Gempak!.

Artikel lain: Adira Suhaimi sah bercerai dengan Datuk Red

Sebelum Adnan melafazkan cerai talak satu, mereka sempat memohon maaf dan salam buat kali terakhir sebagai suami isteri.

Malah, Sharifah Norshafila yang dikenali sebagai Datin Red memaklumkan dia berada dalam keadaan suci dan tidak hamil.

Sekadar info, Datin Red memfailkan perceraian terhadap suaminya pada penghujung Januari lalu.

Sebelum ini, isteri kedua Datuk Red yang juga penyanyi Adira Suhaimi turut memfailkan cerai dan sah bercerai talak satu pada 24 April lalu.

Menerusi perkahwinan Datuk Red bersama Datin Red, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata namun berpisah lima tahun kemudian.

Sumber: Gempak! (Mya Amri)

PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Continue Reading
Advertisement