Markas Briged ke-31 Infantri dijanga berpindah ke Bintulu mulai hujung tahun - Portal Berita
fb fb fb fb fb

Markas Briged ke-31 Infantri dijanga berpindah ke Bintulu mulai hujung tahun

Upacara Perbarisan sempena Sambutan Ke-10 tahun Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Padang Kawad Kem Muara Tuang Kota Samarahan

KUCHING, 18 Mei - Markas Briged Ke-31 Infantri Malaysia yang kini berpangkalan di Kem Junaco, Sibu akan dipindahkan ke Samalaju, Bintulu mulai penghujung tahun ini.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata, pemindahan markas briged berkenaan untuk memperkasa keselamatan di kawasan Utara Sarawak.

"Perpindahan markas ini akan disusuli dengan susun atur semula melibatkan penempatan pasukan Rejiman Sempadan di semua bahagian.

"Bagaimanapun, langkah ini akan dilakukan secara berperingkat termasuk penambahan kelengkapan dan aset ketenteraan," katanya dalam sidang media selepas Upacara Perbarisan sempena Sambutan Ke-10 tahun Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di Padang Kawad Kem Muara Tuang Kota Samarahan di sini hari ini.

Perbarisan sempena Sambutan Ke-10 tahun Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat terdiri daripada 27 pegawai dan 513 Anggota Lain-lain Pangkat.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pegawai dan anggot menguasai ilmu keselamatan siber bagi menangani jenayah siber.

"Ini penting sebagai persediaan untuk berdepan dengan ancaman siber pada masa akan datang," katanya.

 

GRACE AISYAH KEDAYAN