Scha Alyahya Terkilan Dengan Sikap Netizen Yang Ugut Naim Daniel, Tak Teragak Ambil Tindakan Polis Jika Berdepan Situasi Sama – Metro Harian
Khamis, Mei 16, 2024
IKLAN METROShopee SaleShopee Sale

Top 5 Minggu Ini

IKLAN METROShopee Sale

Artikel Berkaitan

Scha Alyahya Terkilan Dengan Sikap Netizen Yang Ugut Naim Daniel, Tak Teragak Ambil Tindakan Polis Jika Berdepan Situasi Sama


Shopee Sale


Pelakon Scha Alyahya berasa terkilan dan menyelar tindakan segelintir netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat sehingga ada yang bertindak mengugut penyanyi Naim Daniel berhubung isu gerakan #Blockout2024.

Fitnah wujud persepsi buruk

Scha Alyahya

Menerusi hantaran di Instagram Story, Scha memuat naik semula sebuah artikel mengenai Naim yang terpaksa membuat laporan polis berikutan menerima ugutan bunuh ibu bapanya disebabkan isu tersebut.

Fitnah-menfitnah, permusuhan, dengki-mendengki, mewujudkan persepsi buruk, itulah realitinya.

Kalau niat baik, realisasikan dengan cara atau amalan yang baik. Jangan bersifat personal. Sekarangkan dah bergaduh sesama bangsa sendiri, ugut sana sini.

Pada hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia juga akan mengambil langkah sama sekiranya berdepan situasi yang sama dengan pelantun lagu Sembah itu.

Periksa hati masing masing. Sebab saya pun tak akan teragak-agak akan mengambil tindakan yang sama bila saya berada di situasi yang sama macam ni.

Terdahulu, Scha dan Naim antara selebriti yang tersenarai dalam gerakan #Blockout2024 selepas didakwa terlibat atau pernah bekerjasama dengan jenama yang berkaitan Israel.

MENARIK:  Zoey Rahman Disekat Di Media Sosial Selepas Tolak Cinta Mass Factorz – ‘Kami Baru Kenal, Jumpa Pun Belum Lagi’

Susulan itu, Naim mengenaskan dia tidak pernah menerima tajaan barangan jenama yang berkaitan dengan Zioniz. Tegasnya, dia juga tidak pernah melupakan tentang pergolakan yang sedang berlaku di bumi Palestin.

Sementara itu, Scha juga sudah kehilangan lebih 100,000 pengikut di Instagram gara-garam gerakan #Blockout2024.

Metro Harian
Metro Harianhttps://metroharian.com
Metro Harian membawa berita terkini di Malaysia, hiburan sensasi, isu viral & pelbagai lagi berita harian.

Paling Popular