Batik Malaysia 101: Cara gayakan batik dengan sentuhan moden
Home > Style > Batik 101: Cara gayakan batik dengan sentuhan moden untuk tampil ‘trendy’
Batik 101: Cara gayakan batik dengan sentuhan moden untuk tampil ‘trendy’

Batik Malaysia merupakan salah satu kraftangan tradisional yang terkenal dan sangat dihargai di negara kita. Ia mula diperkenalkan di Kelantan pada awal abad ke 19 dan secara dasarnya, definisi batik ialah hasil kerja tangan tekstil yang menggunakan lilin sebagai perantara.

Ia bertujuan untuk memisahkan halangan kepada kepelbagaian warna yang dicelup atau disapukan ke atas permukaan fabrik. Fabrik yang digunakan hendaklah mempunyai komposisi gentian asli yang tinggi bagi mendapat serapan lilin dan warna yang optimum bagi mendapat kualiti batik yang tinggi.

Tidak dapat disangkal, hasil pembuatan batik di Malaysia amat dikenali di peringkat antarabangsa oleh kerana kualitinya yang bermutu tinggi, rekaan yang menarik, dan warna yang terang. Kini, pemakaian batik semakin dipraktikkan dengan adanya reka bentuk batik yang diberi sentuhan moden untuk gaya harian yang ranggi dan cukup selesa.

5 Cara kreatif dan mudah untuk gayakan batik Malaysia

1. Gabungan kemeja putih & kain batik

batik Malaysia
Kredit: IDN Times

Ingin dapatkan gaya kasual cukup effortless? Padankan kemeja putih anda bersama kain batik pilihan masing-masing untuk menghasilkan gaya chic sambil menerapkan elemen tradisional. Sedikit cadangan, anda juga boleh gayakan bersama chunky necklace dan kasut bertutup bertali yang unik.

2. Tampil profesional dengan blazer

Kredit: IDN Times

Bagi mereka yang always on-the-go dan ingin gaya harian cukup profesional ke tempat kerja, anda kini tidak perlu berfikir panjang lagi! Elemen tradisional baju kebaya anda kini lebih seimbang dengan adanya blazer melengkapi gaya tersebut.

3. Skirt batik Malaysia sebagai penambah seri

Kredit: IDN Times

Selain daripada menggayakan batik sebagai kain sarung, anda juga boleh mendapatkan gaya feminin dengan menyarungkan skirt batik bersama plain blouse. Serikan lagi dengan padanan aksesori seperti gelang dan rantai yang serasi untuk melengkapkan gaya batik anda!

4. Gaya bohemian bersama batik

batik Malaysia
Kredit: IDN Times

Untuk penggemar fesyen di luar sana yang inginkan sesuatu yang unik dan lain daripada lain, gabungan dua gaya ini semestinya akan menjadikan penampilan anda lebih ‘wow’! Padankan top yang berinspirasikan Bohemian bersama kain sarung batik Malaysia anda untuk hasilkan gaya ranggi dan chic yang bakal memukau setiap mata yang melihat.

5. Batik on batik!

batik Malaysia
Kredit: IDN Times

Siapa kata batik Malaysia tidak boleh digayakan begitu sahaja tanpa kelihatan bosan? Trik mudah ini semestinya bakal memberi sedikit kelainan kepada gaya harian anda. Mudah sahaja, padankan dua sarung batik dengan motif berbeza sebagai top dan bottom piece anda. Jangan lupa untuk pastikan aksesori yang dipakai kekal minimal agar keseluruhan gaya tidak terlalu berlebihan.

Cara penjagaan batik Malaysia agar tahan lama

Untuk penjagaan batik yang baru pertama kali dipakai, anda disarankan untuk menambah dua kali bilasan batik tersebut bagi memastikan tiada sisa warna celupan yang luntur.

Cara mencuci batik untuk kekal cantik tanpa luntur

  • Jangan guna peluntur mempunyai ammonia dan bahan kimia kuat lain.
  • Selepas mencuci, guna mesin pengering dengan suhu sederhana panas atau mengeringkan di ampaian, seperti lazimnya di Malaysia.
  • Elakkan menjemur ketika cuaca matahari terik kerana ia akan memudarkan warna batik.
  • Tidak digalakkan memulas batik yang masih basah untuk membuang air bagi mengelakkan kedutan pada tekstur batik. Biarkan sahaja air lebihan itu menitik di jemuran.

Untuk fabrik batik yang lain seperti sutera dan kain crepe, anda dianjurkan untuk menghantar batik anda kepada perkhidmatan cucian kering yang professional. Begitu juga jika batik anda mempunyai hiasan-hiasan tambahan seperti manik-manik, butiran mutiara dan lain-lain.

Setelah kering, anda boleh menggosok batik anda dengan suhu yang bersesuaian dengan jenis fabrik menggunakan semburan fabrik bagi memudahkan proses menyeterika. Penggunaan seterika jenis “garment steamer” atau “steam iron” adalah tidak digalakkan.

Moga artikel ini bermanfaat bagi anda semua.

Kredit: IDN Times, Noor Arfa

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

(The information in this article is accurate as on the date of publication.)
Batik 101: Cara gayakan batik dengan sentuhan moden untuk tampil ‘trendy’

Adriana Syaurah

Digital Writer

Bermula dengan jatuh cinta pandang pertama terhadap dunia perfileman, Syaurah kini menjadikan nota dan pen teman akrab dalam kamus kehidupan. Mahu mendalami sisi dunia penulisan gaya hidup, penulis Gen-Z ini juga kerap meluangkan masanya menyelam di bundle sekitar KL.