Mahkamah tangguh rayuan isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah - Berita | Majoriti

Mahkamah tangguh rayuan isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah


Kes kontroversi itu ditetapkan dibicarakan pada Khamis selepas penangguhan lapan bulan dari September tahun lalu.

MAHKAMAH menangguhkan pendengaran rayuan Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Ravinthran N Paramaguru, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Dr Choo Kah Sing menetapkan 24 Mei untuk pengurusan kes sebelum mengeluarkan penghakiman mereka.

Pada Khamis, ketiga-tiga pihak yang terlibat dalam kes tersebut, iaitu Persatuan Undang-undang Sabah, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan Sabah selesai memberi penghujahan mereka bagi kes berkenaan.

BACA LAGI: 'See you in court', Sanusi mahu saman warganet buat tuduhan melulu isu Kedah Agro

BACA LAGI: [VIDEO] Sabah Sarawak dah lama buat tapi ada sebab konsep niaga 'based on trust' tak boleh pakai di Semenanjung

WhatsApp Image 2024-05-16 at 13.11.51 (1)

Prosiding itu turut dihadiri pemimpin politik bersama pengikut masing-masing sejak awal pagi Khamis.

Prosiding yang bermula kira-kira pukul 10 pagi itu turut dihadiri pemimpin politik bersama pengikut masing-masing sejak awal pagi Khamis.

Antaranya ialah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Kehormat Pertubuham Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau.

Kes kontroversi itu ditetapkan dibicarakan pada Khamis selepas penangguhan lapan bulan dari September tahun lalu.

Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) SLS pertama kali memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 9 Jun 2022, untuk membatalkan warta kerajaan persekutuan mengenai geran tahunan RM125.6 juta untuk Sabah, dengan alasan ia melanggar hak hasil negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). The Star/DURIE RAINER FONG dan MUGUNTAN VANAR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram