Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada April
Siakap Keli
Ini 10 “Website”
Kredit: AFP

Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada April

Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada April

Di dalam dunia serba moden ini, kita tidak dapat lari dari perkembangan teknologi yang semakin pesat membangun.

Penggunaan teknologi yang canggih telah menjadi satu kewajipan dalam kehidupan supaya anda nampak tidak ketinggalan.

Dalam pada itu, salah satu teknologi yang ada pada hari ini tentunya teknologi internet yang membenarkan kita melayari laman sesawang dengan mudah.

Baru-baru ini, syarikat pembekal data digital untuk perniagaan, Similar Web mengeluarkan senarai laman sesawang yang sering dilayari oleh rakyat Malaysia pada April 2024.

Setiap hari berjuta-juta orang menggunakan laman sesawang dalam kehidupan harian

Sebelum itu, mari kita ketahui dahulu apa itu definisi laman sesawang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web atau sesawang adalah sebuah dokumen elektronik pada paparan skrin komputer dan biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dan sebagainya.

Kandungan-kandungan yang dipaparkan biasanya berkaitan institusi, organisasi, persatuan, individu dan sebagainya yang boleh diakses dengan capaian internet.

Google masih berada di kedudukan yang pertama

Berbalik kepada laman sesawang paling banyak dilayari rakyat Malaysia pada Februari, Similar Web melaporkan tempat pertama diungguli oleh Google.com.

Seperti yang kita ketahui, Google merupakan laman carian yang paling popular dan paling banyak digunakan manusia.

Bahkan, Google.com juga menduduki tempat yang pertama dalam senarai laman sesawang yang paling banyak dilayari di dunia.

Maka tidak hairanlah Google.com juga berada di kedudukan teratas dalam senarai tersebut di peringkat global.

Menyempurnakan kedudukan tiga teratas adalah Youtube.com dan Facebook.com. Sama seperti Google.com, dua laman sesawang ini juga muncul sebagai laman web kedua dan ketiga paling popular di peringkat dunia.

Whatsapp muncul sebagai laman web keempat paling banyak dilayari pada April di Malaysia, diikuti Instagram, Shoppe dan Twitter (kini dikenali sebagai X).

Lanjutan daripada itu, TikTok berada di tangga kelapan, manakala tangga kesembilan dan kesepuluh diisi oleh aplikasi perbankan, Maybank2u dan Yahoo.

Kredit: similarweb

BACA: Unik Tapi Comel, Tular Awan Bentuk Godzilla Muncul Di Langit Kuantan

Sumber: Similar Web

Athirah

When nothing goes right, go left.