Hero di hati masyarakat | Nasional | Berita HarianHero di hati masyarakat | Berita Harian
Sabtu, 18 Mei 2024 | 11:17am
Hero di hati masyarakat.
Hero di hati masyarakat.

Hero di hati masyarakat

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang disambut pada 4 Mei setiap tahun adalah satu acara simbolik bagi memperingati dan menghargai pengorbanan serta jasa bakti anggota bomba di seluruh dunia.

Tema sambutan tahun ini, Bomba Tonggak Penyelamatan Negara, dipilih sekali lagi bagi membawa simbolik kepada komitmen dan dedikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk sentiasa menjadi benteng hadapan serta tiang utama negara bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dalam ucapannya pada Sambutan Hari Anggota Bomba 2024 (SHAB2024) berkata, sambutan itu penghormatan besar dan penuh bermakna kepada seluruh warga perkhidmatan kebombaan serta penyelamat.

JBPM sentiasa menjadi benteng hadapan serta tiang utama negara bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia.
JBPM sentiasa menjadi benteng hadapan serta tiang utama negara bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, ia juga sebagai menyuntik semangat dan motivasi mereka untuk terus menyumbang tenaga dan kepakaran demi memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti tinggi kepada masyarakat.

"Tema Bomba Tonggak Penyelamatan Negara sekali lagi dipilih tahun ini sesuai dengan Malaysia MADANI. Ia relevan dengan situasi keadaan negara dan dunia pada masa kini yang bergelut dengan pelbagai krisis bencana alam dan keadaan cuaca ekstrim yang sukar diramal seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran hutan dan terkini suhu panas dan kering yang mengakibatkan bencana kemarau.

Kor Ming melakukan pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan Bomba pada majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM.
Kor Ming melakukan pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan Bomba pada majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat JBPM.

Beliau berkata, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui JBPM sentiasa bersiap siaga bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan dengan memperluaskan jangkauan perkhidmatan yang lebih berkesan sepadan dengan norma dan kehendak semasa rakyat Malaysia.

"Bagi tahun 2024 KPKT menetapkan bahawa salah satu daripada lapan Bidang Fokus Utama KPKT adalah untuk Memperkukuh Kesiapsiagaan Kebombaan dan Penyelamatan Yang Sejahtera," katanya.

Majlis SHAB 2024 tahun ini diadakan di Jalan Tambun, Sunway City, Ulu Kinta, Perak pada 4 Mei lalu.

Anggota bomba turut bersedia memberi perkhidmatan kemanusiaan.
Anggota bomba turut bersedia memberi perkhidmatan kemanusiaan.

Acara berlangsung penuh istiadat serta gilang-gemilang itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormatan Bomba, kemeriahan sambutan kali ini turut diselitkan dengan deklamasi sajak, acara payung terjun 'Smoke Jumper JBPM' dan banyak lagi.

Turut mencatatkan sejarah apabila JBPM bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk melancarkan setem memaparkan aset udara, darat dan air milik JBPM yang dikeluarkan khas bersempena sambutan tahun ini.

Anggota pasukan penyelamat membawa anjing pengesan dari Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi mencari dan menyelamat. - Foto fail NSTP
Anggota pasukan penyelamat membawa anjing pengesan dari Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi mencari dan menyelamat. - Foto fail NSTP

Tema sambutan tahun ini, Bomba Tonggak Penyelamatan Negara, dipilih sekali lagi bagi membawa simbolik kepada komitmen dan dedikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Tema sambutan tahun ini, Bomba Tonggak Penyelamatan Negara, dipilih sekali lagi bagi membawa simbolik kepada komitmen dan dedikasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).