Enam lagi pengendali tol sedia laksana SPT - MalaysiaPost

Enam lagi pengendali tol sedia laksana SPT

SELEPAS sebelas syarikat konsesi lebuh raya di negara ini secara rasmi melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) pada 29 September tahun lalu, kini enam lagi lebuh raya bersetuju untuk melakukan perkara sama mulai September ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, enam lebuh raya itu adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Linkedua; Lebuhraya Grand Saga; Lebuhraya Grand Sepadu dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE).

“Pelaksanaan ini berjaya mengurangkan isu kekuarangan baki TouchNGo (TNG) dan seterusnya membantu mengurangkan kesesakan di plaza tol.

“Berdasarkan data di lebuh raya terlibat, terdapat peningkatan memberangsangkan setiap bulan bermula dari 1.06 peratus pada September tahun lalu sehingga kini iaitu 2.2 peratus berbanding keseluruhan transaksi tol.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berpendapat SPT harus diperluaskan demi keselesaan pengguna jalan raya pada tahun ini di mana lebuh raya sistem tol terbuka dengan keperluan minima sebanyak satu lorong bagi setiap arah di setiap plaza tol,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Seksyen 7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di persimpangan Assam Jawa-Tanjong Karang, dekat Tanjung Karang. 

Pada masa sama, Nanta Linggi menyeru kepada syarikat konsesi lebuh raya lain untuk menyegerakan SPT demi kemudahan rakyat di masa akan datang. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights